Bahasa Malaysia | EnglishCukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) dikenakan dan dipungut ke atas perkhidmatan bercukai. Berkuat kuasa 1 Mac 2024, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD), SST wajib sebanyak 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan logistik, termasuk penghantaran, pengedaran, dan pengangkutan barang, dokumen, atau bungkusan melalui platform e-dagang (Caj Penghantaran), kecuali perniagaan yang berdaftar sebagai F&B.
Apakah maksudnya?
Seperti yang diarahkan oleh RMCD, ShopeeFood dikehendaki mengenakan kadar SST wajib sebanyak 6% ke atas Caj Penghantaran bagi Perniagaan Bukan Berdaftar F&B mulai 1 Mac 2024. Berdasarkan contoh yang disediakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh RMCD, caj penghantaran yang dikenakan oleh kedai serbaneka, mart, dan pasar raya tertakluk kepada SST.