Bahasa Malaysia | English
Anda boleh membatalkan pesanan dalam masa 5 saat selepas membuat pesanan melalui aplikasi Shopee. Selepas tempoh ini, pembatalan adalah terhad. Kami faham ini boleh menjadi mengecewakan, jadi panduan ini akan membantu menjelaskan sebabnya.
Panduan ini akan terangkan:
Bila anda boleh batalkan pesanan
Bila pembatalan tidak dibenarkan
Apa perlu dibuat jika butang batal tidak muncul dalam aplikasi
Bagaimana pemulangan wang diproses
1. Cara batalkan pesanan
Anda boleh batalkan terus dalam aplikasi dalam masa 10 saat selepas membuat pesanan:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya > Pembelian Saya
Langkah 2: Pilih pesanan ShopeeFood anda
Langkah 3: Tekan Batalkan Pesanan (hanya tersedia dalam 5 saat pertama)💡 Tip: Sentiasa semak butiran pesanan dan alamat penghantaran sebelum mengesahkan.
⚠️ Nota:
2. Bila saya boleh batalkan pesanan?
Situasi | Boleh batal? | Tindakan diperlukan |
Pesanan dibuat dalam 10 saat | ✅ Ya | Pilih Batalkan Pesanan dalam aplikasi. |
Tiada penghantar ditugaskan untuk tempoh lama | ✅ Ya | Jika butang Batal ada, batalkan sendiri. Jika tiada, chat dengan kami. |
Peniaga tutup selepas terima pesanan | ✅ Ya | Chat dengan kami & sertakan bukti (mesej penghantar, log panggilan peniaga, dll.) |
Makanan tidak disediakan selepas tempoh lama | ✅ Ya | Chat dengan kami untuk bantuan. |
Alamat penghantaran salah (penghantar belum ditugaskan) | ✅ Ya | Chat dengan kami untuk batalkan. |
Perubahan fikiran | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan. |
Tersalah pilih kaedah pembayaran | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan |
Terlupa guna baucar | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan |
Tersalah pilih (ambil sendiri/penghantaran) | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan |
Pesanan sedang disediakan | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan |
Penghantar sudah ditugaskan & dalam perjalanan | ❌ Tidak | Pembatalan tidak dibenarkan |
Setelah pesanan mula disediakan, pesanan tidak boleh dibatalkan.
Jika rakan penghantar sudah ditugaskan dan dalam perjalanan, pesanan mesti diteruskan.
Polisi ini diwujudkan untuk elakkan pembaziran makanan serta melindungi peniaga dan rakan penghantar.
Pembatalan yang diluluskan akan dipulangkan dalam 1–3 hari bekerja bergantung pada kaedah pembayaran (maklumat lanjut DI SINI)
Shopee Coins & baucar yang digunakan akan dipulangkan secara automatik (jika masih sah)
Anda hanya boleh batalkan pesanan jika butang pembatalan tersedia dalam aplikasi