Bahasa Malaysia | English
Rakan Penghantar boleh meminta untuk membatalkan pesanan dari pihak mereka jika mereka menghadapi kesulitan dalam menghantar makanan kepada anda. Terdapat pelbagai sebab untuk permintaan ini, termasuk keadaan yang tidak dijangka yang menghalang kemampuan Rakan Penghantar untuk menyelesaikan penghantaran.
Contoh-contoh umum kesulitan yang mungkin menyebabkan seorang Rakan Penghantar meminta pembatalan pesanan termasuk:
Kemalangan berlaku sebelum mengambil pesanan atau selepas mengambilnya dari peniaga.
Kerosakan motosikal semasa proses penghantaran.
Jarak penghantaran lebih jauh daripada anggaran asal di dalam sistem bagi para Rakan Penghantar.
Keadaan cuaca yang buruk memberi kesan kepada Rakan Penghantar untuk menyelesaikan penghantar.
Untuk mana-mana sebab di atas, semua Rakan Penghantar boleh menghubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood melalui laman sembang untuk memohon pembatalan.
Jika Rakan Penghantar benar-benar mengalami masalah, kami menggalakkan anda untuk menawarkan bantuan anda dengan menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana tiada masalah yang nyata, kami amat menyarankan dan meminta anda memberitahu Rakan Penghantar untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami sendiri melalui saluran yang disediakan.
Kami memahami bahawa keadaan yang tidak dijangka boleh berlaku, dan kami berusaha untuk menyokong para Rakan Penghantar kami dalam menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi.
Jika Rakan Penghantar mengatakan pesanan makanan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka tetapi anda bersetuju untuk menunggu, kami memohon anda memberitahu Rakan Penghantar untuk tidak membatalkan pesanan. Menyatakan persetujuan anda untuk menunggu, membolehkan Rakan Penghantar meneruskan penghantaran dengan lancar.