Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Apa yang perlu dilakukan jika anda belum menerima pesanan ShopeeFood anda?

Bahasa Malaysia | English

Kami faham ia boleh mengecewakan bila pesanan ditanda sebagai Dihantar tetapi anda belum terima apa-apa. Jangan risau, berikut langkah-langkah yang boleh anda cuba:

 

Langkah semakan awal

i. Hubungi rakan penghantar

  • Gunakan fungsi chat atau panggilan dalam aplikasi untuk semak lokasi penghantaran.

 

ii. Semak bukti penghantaran

  • Kadangkala rakan penghantar akan menghantar gambar sebagai bukti lokasi pesanan ditinggalkan.

 

iii. Sahkan dengan orang sekitar

  • Untuk alamat pejabat tanya di kaunter resepsi.

  • Untuk rumah/kediaman semak dengan pengawal keselamatan atau jiran.

 

Jika anda tidak dapat dihubungi

  • Jika anda tidak menjawab, tidak dapat dihubungi, atau tidak tersedia, rakan penghantar akan menunggu 10 minit.

  • Jika selepas tempoh itu anda masih tidak dapat dihubungi, mereka diarahkan untuk melupuskan makanan dan menanda pesanan sebagai Dihantar.

 

⚠️Nota: Anda tetap perlu membayar jumlah penuh pesanan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat.

 

Tips untuk elakkan masalah ini

  • Sila pastikan anda pin lokasi dengan betul dan alamat anda sama seperti yang tertera pada peta aplikasi ketika membuat pembayaran pesanan ShopeeFood.

  • Berikan tanda tempat yang jelas (contoh: deretan kedai, pintu masuk bangunan) untuk memudahkan rakan penghantar mencari anda.

  • Pastikan anda boleh dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan dalam butiran pesanan apabila pesanan sedang dihantar.

 

⚠️ Nota:

Jika anda ingin melaporkan item pesanan yang tidak dihantar, sila rujuk artikel ini di SINI.
Jika sebahagian daripada makanan anda tiada atau tidak lengkap, anda boleh meminta bayaran balik. Sila rujuk artikel ini di SINI.

*ShopeeFood mengekalkan piawaian perkhidmatan yang ketat untuk rakan penghantaran kami supaya mereka melaksanakan semua pesanan yang diterima dengan bertanggungjawab. Jika anda melaporkan item yang tidak dihantar, kami akan menjalankan siasatan yang menyeluruh. Sekiranya kami mendapati bahawa rakan penghantaran melanggar peraturan kami, tindakan yang sewajarnya akan diambil untuk menangani tingkah laku mereka.

 

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied