Hi, how can we help?

[SPayLater] Mengapakah SPayLater saya kini dikunci?

Bahasa Malaysia | English

Kami faham bahawa melihat akaun SPayLater anda dikunci boleh menimbulkan kebimbangan. Izinkan kami memberikan sedikit penjelasan dan panduan untuk membantu anda menguruskan situasi ini.
 
21887c09446e4e47bdd7014923a97676.png

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Semakan Akaun

Langkah-langkah ini dilaksanakan bagi memastikan keadilan dan keselamatan untuk semua pelanggan kami:

  • Pembayaran lewat atau tidak dibuat boleh menjejaskan status akaun anda
  • Pelbagai faktor risiko dipertimbangkan untuk kelayakan SPayLater
  • Semakan berkala dijalankan bagi memastikan akaun menikmati manfaat yang berbeza
  • Shopee berhak untuk melaras kebolehcapaian akaun dari semasa ke semasa

Garis Panduan untuk Mengelakkan Akaun Dikunci

  • Pastikan anda membuat pembayaran tepat pada masanya bagi mengelakkan akaun SPayLater anda daripada dikunci. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai caj lewat. Untuk membuat bayaran semula bagi bil SPayLater anda, sila ikuti langkah-langkah di sini.
  • Sila elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti atau transaksi yang melanggar Terma Perkhidmatan SPayLater.

Kesan Akaun Dikunci

  • Sekiranya satu produk kredit dikunci, produk kredit Shopee lain seperti SLoan untuk Penjual, SLoan untuk Pembeli dan QuickFund juga tidak akan tersedia kerana akaun anda telah dikunci.
  • Akaun Shopee anda juga mungkin akan dikunci.

Terokai Pilihan Pembayaran Lain

Kami menggalakkan anda untuk menerokai pelbagai kaedah pembayaran Shopee bagi pembelian akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ‘Apakah pilihan pembayaran yang disokong oleh Shopee?

Kami menghargai pemahaman anda dan menggalakkan anda untuk terus mengekalkan tabiat pembayaran yang baik demi mengukuhkan profil kewangan anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan bantuan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.

SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied