Bahasa Malaysia | English
Definisi Halal?
Halal adalah perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan. Produk yang disijilkan Halal bermakna produk tersebut (makanan, minuman, atau masakan) atau premis itu sendiri adalah dibenarkan atau diterima mengikut undang-undang Islam dan telah diiktiraf serta disahkan oleh Badan Kerajaan iaitu JAKIM. Untuk mendapatkan pensijilan ini, produk mestilah berasal daripada sumber yang dibenarkan seperti lembu atau ayam dan disembelih mengikut hukum-hukum tersebut.
Pensijilan Halal terpakai untuk sektor makanan, restoran, kosmetik, dan farmaseutikal serta mengesahkan bahawa sesuatu produk dihasilkan sepenuhnya mengikut prinsip Syariat Islam, tidak mengandungi sebarang komponen yang “dilarang,” dan sama sekali tidak bersentuhan dengan bahan atau objek yang dianggap “tidak suci”.
Jenis Pengkelasan Halal di ShopeeFood
HALAL | TIDAK-HALAL | TIADA PENSIJILAN HALAL |
Definisi: Halal merujuk kepada apa-apa yang dibenarkan atau sah mengikut undang-undang Islam (Syariah). Di Malaysia, produk Halal, terutamanya makanan dan minuman, mesti mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh JAKIM, termasuk sumber bahan, penyediaan, dan proses pengendalian. | Definisi: Non-Halal merujuk kepada produk yang secara jelas dilarang atau diharamkan dalam Islam. Produk atau perkhidmatan seperti ini tidak boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam. | Definisi: Tidak Pensijilan Halal merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang belum menjalani proses pensijilan Halal rasmi. Ini bermakna produk tersebut mungkin Halal, tetapi tanpa pensijilan, tiada jaminan bahawa ia memenuhi semua piawaian yang ditetapkan oleh JAKIM. |
Kriteria: Produk Halal tidak boleh mengandungi sebarang bahan haram (dilarang), seperti daging khinzir, alkohol, atau haiwan yang disembelih secara tidak betul. Selain itu, proses penyembelihan haiwan untuk dimakan mesti mengikut amalan Islam. | Contoh: Makanan yang mengandungi daging khinzir, alkohol, daging yang disembelih secara tidak betul, atau makanan yang disediakan menggunakan peralatan yang tercemar dengan bahan Haram. | Implikasi: Produk yang dilabelkan sebagai "Tiada Pensijilan Halal" mungkin mengelirukan bagi pengguna Muslim kerana statusnya tidak dapat disahkan tanpa pensijilan yang sah. Sesetengah perniagaan mungkin melabelkan produk mereka dengan cara ini jika mereka belum memohon atau memperoleh sijil Halal dari JAKIM, walaupun mereka telah mematuhi garis panduan Halal. |
Pensijilan Halal: JAKIM atau badan yang diiktiraf lain mengeluarkan sijil Halal selepas pemeriksaan dan penilaian yang teliti. Produk yang memaparkan logo Halal diiktiraf sebagai memenuhi keperluan tersebut. | Pelabelan: Produk Tidak-Halal perlu dilabelkan dengan jelas di pasaran atau restoran untuk memaklumkan pengguna Muslim. | Produk makanan yang di jual di bawah kategori ini dilarang menjual makanan dan minuman yang Tidak Halal. |
Item | Huraian |
1 | Kandungan sijil MESTI menyatakan "MAKANAN DAN MINUMAN" di mana sijil tersebut dikeluarkan khusus untuk restoran. |
2 | Nama syarikat bersama nombor SSM akan dipaparkan di bahagian ini. Pastikan Nama Syarikat MESTI sepadan dengan Nama Syarikat pedagang dan nombor SSM yang diberikan semasa pendaftaran pedagang. |
3 | Nama outlet bersama alamat outlet akan dipaparkan di bahagian ini. Ini untuk menunjukkan bahawa sijil tersebut dikeluarkan khusus untuk nama dan alamat outlet ini. Contoh: Restoran Makanan Western No 14, Blok B1, Taman Maju Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor |