Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeeFood Merchant] Peranti saya rosak/dicuri, bolehkah saya mendapatkan penggantian?

Bahasa Malaysia | English

Jika anda mengalami sebarang masalah dengan peranti ShopeeFood anda, anda boleh menghubungi jurujual atau pengurus akaun anda untuk mendapatkan bantuan lanjut. Sila ambil perhatian bahawa jika peranti ShopeeFood rosak disebabkan oleh kecuaian peniaga, peniaga akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos pembaikan.

Jika anda tidak mempunyai jurujual/pengurus akaun, sila klik di sini untuk menghubungi khidmat pelanggan kami bagi mendapatkan sokongan.

Dalam situasi lain, jika peranti anda dicuri dan anda tidak dapat mengendalikan perniagaan anda, anda berhak mendapatkan peranti baharu secara percuma dengan mengemukakan laporan polis yang sah dan bukti bahawa peranti tersebut telah dicuri dalam tempoh 5 hari dari tarikh kejadian. Jika tidak, caj sebanyak RM650 akan dikenakan untuk penggantian peranti baharu.
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati