Bahasa Malaysia | EnglishJika item dalam pesanan kehabisan stok selepas pembeli membuat pesanan, jangan risau! Anda boleh hubungi pembeli dan semak sama ada mereka bersetuju untuk gantikan item tersebut dengan item lain yang mempunyai harga dan saiz hidangan yang setara.Namun, sila ambil perhatian bahawa: - Sebarang perubahan pesanan tidak akan dipaparkan pada halaman pesanan.
- Tiada pelarasan harga yang boleh dibuat.
- Sentiasa pastikan pembeli bersetuju dengan perubahan sebelum meneruskan.
Jika pembeli tidak bersetuju dengan penggantian, sila ingatkan mereka untuk membuat permohonan pemulangan bayaran kepada Khidmat Pelanggan ShopeeFood bagi item yang tidak tersedia.
Sekiranya anda menghadapi isu lain, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood.
⚠️ Peringatan: Untuk elakkan situasi seperti ini, sila tolak pesanan dengan segera sekiranya terdapat item dalam pesanan yang tidak tersedia.
Untuk mengetahui lebih lanjut cara menguruskan menu kehabisan stok melalui Partner App, klik di sini.