Hi, how can we help?

Payments

Payment options
ShopeePay
SPayLater
Shopee Coins
SLoan

[ShopeePay] Apakah itu PIN ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English
 
PIN ShopeePay merujuk kepada nombor 6 digit yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Nombor PIN diperlukan apabila anda menggunakan ShopeePay/SPayLater untuk pelbagai transaksi.

Cara untuk menetapkan Nombor PIN ShopeePay anda
 
2c1c9aa3-1929-4279-b70c-3d51f04f92ec.jpg

Anda akan diminta untuk menetapkan nombor PIN ShopeePay semasa mengaktifkan akaun ShopeePay anda.

Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay 
Langkah 3: Klik pada butang Aktifkan ShopeePay
Langkah 4: Isikan Butiran IC anda
Langkah 5: Masukkan Kod Pengesahan 
Langkah 6: Cipta PIN ShopeePay

⚠️ Nota:

  • Untuk mengaktifkan ShopeePay dan nombor PIN anda, anda perlu menetapkan nombor telefon terlebih dahulu.
  • Nombor berurutan seperti 123456 tidak diterima.
  • Elakkan menggunakan urutan nombor yang sama dengan kata laluan akaun Shopee anda kerana ini boleh membahayakan keselamatan akaun anda.
 
Tukar nombor PIN ShopeePay anda secara berkala melalui halaman Tetapan ShopeePay untuk memastikan keselamatan akaun.
Was this article helpful?
Yes
No