Hi, how can we help?

[SPayLater] Apakah itu SPayLater?

Bahasa Malaysia | English 

SPayLater menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah, membolehkan pengguna menikmati fleksibiliti pembayaran melalui platform digital yang mesra pengguna. Dengan SPayLater, pengguna boleh membuat pembelian serta-merta dengan pilihan untuk menangguhkan pembayaran. Perkhidmatan ini menawarkan pelbagai pelan pembayaran, membolehkan pengguna membayar secara ansuran dalam tempoh antara satu hingga dua belas bulan.
*Berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan 
 
Bagaimana untuk menggunakan SPayLater?
 
Akses SPayLater melalui aplikasi Shopee atau ShopeePay:
  • Aplikasi Shopee: Pergi ke halaman Saya > SPayLater
  • Aplikasi ShopeePay: Pergi ke Laman Utama > SPayLater 

Langkah 1: Aktifkan SPayLater.
Langkah 2: Pilih SPayLater sebagai pilihan pembayaran anda semasa berada di halaman semak keluar atau kedai yang mengambil bahagian.
Langkah 3: Bayar bil anda setiap bulan mengikut Kitaran Pembayaran anda.

Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

35f645e72d784481bc93c5ee98331c3a.gif
⚠️ Nota:

Pelajari cara untuk membayar menggunakan SPayLater.

Sebelum memilih untuk membayar melalui SPayLater, fahami terma dan syarat terperinci untuk melihat sama ada anda layak dan adakah pelan pembayaran ini sesuai untuk anda.
 
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Was this article helpful?
Yes
No