Apakah Hantar Hari Esok?
Saluran Penghantaran Hantar Hari Esok ialah pilihan penghantaran yang menjamin penghantaran pesanan Shopee tertentu pada hari bekerja berikutnya.Bagaimana ia berfungsi?
Buat dan bayar pesanan anda sebelum jam 12:00 tengah hari, dan anda akan menerimanya pada hari bekerja berikutnya!
Contoh:
- Pesan sebelum jam 12:00 tengah hari pada hari Isnin, dan bungkusan anda akan tiba pada hari Selasa.
- Jika anda terlepas masa akhir, anda masih akan menerima pesanan anda pada Khamis.
Anda boleh menemui pilihan penghantaran ini dengan mengikuti langkah di bawah:
Langkah 1: Klik pada butang Saring
Langkah 2: Pilih Hantar Hari Esok
Langkah 3: Klik pada Gunakan
Langkah 4: Klik pada produk
Langkah 5: Klik pada Beli Sekarang
Langkah 6: Pilih pilihan penghantaran Hantar Hari Esok pada halaman Semak Keular
⚠️ Nota:
- Bermula 27 November 2024, Penghantaran Hantar Hari Esok kini turut merangkumi penghantaran dalam Sabah dan Sarawak
- Penghantaran Hantar Hari Esok hanya tersedia untuk Penjual Shopee terpilih.
- Penghantaran Hantar Hari Esok hanya terpakai untuk pesanan yang dibuat pada hari bekerja. Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
- Produk yang layak untuk Penghantaran Hantar Hari Esok akan ditunjukkan semasa pembayaran. Jika tidak, produk atau alamat anda mungkin tidak layak.
Untuk pilihan penghantaran Hantar Hari Esok, sila ambil perhatian had berat dan dimensi untuk pesanan adalah seperti berikut:
- Berat Maksimum: 30 kg
- Dimensi Maksimum: 125 cm (Panjang) x 125 cm (Lebar) x 125 cm (Tinggi)
💡 Tip:Jika pesanan Hantar Hari Esok anda tidak tiba seperti yang dijangkakan, anda boleh menuntut baucar pampasan.