Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bagaimanakah untuk membayar dengan ShopeePay?

Bahasa Malaysia | English

Transaksi Atas Talian

Untuk membayar menggunakan ShopeePay, pilih ShopeePay semasa checkout:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Co (75).gif
Langkah 1: Klik pada Pilihan Pembayaran di halaman semak keluar
Langkah 2: Pilih ShopeePay
Langkah 3: Klik SAH
Langkah 4: Klik Membuat Pesanan
Langkah 5: Masukkan PIN ShopeePay anda

Jika anda belum mengaktifkan akaun ShopeePay anda, pilih Aktifkan Sekarang pada halaman Kaedah Pembayaran. Anda akan dipandu melalui langkah-langkah untuk menetapkan akaun ShopeePay anda.

Selain menggunakan PIN ShopeePay, anda juga boleh mengesahkan identiti melalui kaedah pengesahan lain.

Setelah selesai, pembayaran akan disahkan secara automatik, dan penjual akan diberitahu untuk menghantar pesanan anda.

⚠️ Nota:

  • Anda tidak boleh membuat pembayaran separa dengan ShopeePay.
  • Jika pembayaran anda mengambil masa yang lama untuk diproses, mulakan semula Aplikasi Shopee dan semak status pembayaran di halaman ShopeePay anda. Jika gagal, cuba buat pembayaran semula dengan mengikuti langkah di bawah:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Co (76).gif
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Untuk Dibayar
Langkah 3: Klik pada Bayar Sekarang

Hubungi Khidmat Pelanggan Shopee jika anda menghadapi masalah lain dengan pembayaran ShopeePay anda.

Transaksi Luar Talian

Apabila anda membuat pembelian di kedai fizikal, cari peniaga yang menyokong ShopeePay.
 
dce7fae6-4955-468c-a16f-3ad900a328eb.jpg
Untuk membayar dengan ShopeePay di peniaga luar talian yang mengambil bahagian, anda boleh melakukannya dengan Mengimbas dan Membayar dari halaman ShopeePay anda.
Was this article helpful?
Yes
No