Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa mulai 1 Ogos 2024, penggunaan e-Invois secara mandatori akan dilaksanakan.
Anda boleh meminta e-invois setelah pesanan diselesaikan melalui aplikasi Shopee atau laman web Shopee. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara menjana e-invois pesanan anda.
⚠️ Nota:
Anda mempunyai sehingga hari ke-3 bulan berikutnya dari tarikh pesanan diselesaikan untuk memohon e-invois. Ketahui lebih lanjut mengenai e-invois dengan Soalan Lazim Pelaksanaan E-Invois kami.
Laman Web Shopee
Langkah 1: Klik pada Nama Pengguna Profil anda Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya Langkah 3: Pilih untuk melihat Butiran Pesanan Langkah 4: Klik pada ikon E-Invois untuk melihat tempoh sah Langkah 5: Lihat tempoh sah dan klik pada Sah Langkah 6: Klik pada Mohon Sekarang untuk menjana e-invois Langkah 7: Isikan butiran anda dan klik pada Hantar
Aplikasi Shopee
Langkah 1: Klik pada tab Saya Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya Langkah 3: Klik pada pesanan anda untuk melihat Butiran Pesanan Langkah 4: Klik pada ikon E-Invois untuk melihat tempoh sah Langkah 5: Lihat tempoh sah dan klik pada OK Langkah 6: Klik pada Mohon Sekarang untuk menjana e-invois Langkah 7: Isikan butiran anda Langkah 8: Klik pada Hantar Permohonan Langkah 9: Klik OK
⚠️ Nota:
Pastikan Alamat Emel yang anda masukkan adalah sah supaya anda dapat menerima E-Invois melalui aplikasi.
Butang Mohon Sekarang hanya akan kelihatan apabila status pesanan ditandakan sebagai Selesai.
Pesanan yang telah Dipulangkan atau Dibayar Balik tidak akan menghasilkan E-Invois.
Anda juga boleh belajar cara memuat turun Resit Pesanan anda. Sila hubungi kami melalui saluran yang disediakan di bawah halaman ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.