Akaun bank anda akan digunakan untuk menerima pembayaran automatik harian ke dompet peniaga anda. Akaun bank yang sama akan digunakan untuk semua perkhidmatan Rakan Kongsi yang anda telah mohon. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menambah maklumat akaun bank anda:
Langkah 1: Klik pada Nama Bank Langkah 2: Pilih bank pilihan anda Langkah 3: Isi Butiran Akaun Bank anda Langkah 4: Klik pada Muat Naik Fail untuk memuat naik Penyata Bank anda Langkah 5: Masukkan Emel Penyelesaian Langkah 6: Klik Ya jika akaun bank adalah milik anda Langkah 7: Klik Tidak jika akaun bank bukan milik anda Langkah 8: Klik Muat Naik Fail untuk memuat naik Surat Kebenaran Langkah 9: Klik Teruskan
💡 Tip:
Klik pada ikon Tanda Soal atau Maklumat untuk melihat contoh atau maklumat lanjut tentang dokumen yang perlu anda sediakan.
⚠️ Nota:
Laporan transaksi, pemberitahuan pembayaran, dan pemulangan akan dihantar ke Emel Penyelesaiananda.
Sila pastikan penyata bank anda jelas menunjukkan logo bank, nombor akaun bank, dan nama pemegang akaun bank.