Hi, how can we help?

[Keahlian Jenama] Bagaimanakah saya boleh memperoleh mata ganjaran Keahlian Jenama?

Bahasa Malaysia | English

Memperoleh Mata Ganjaran

Anda boleh memperoleh mata ganjaran untuk Program Keahlian Jenama terutamanya dengan membuat pembelian dari kedai Shopee Mall yang menawarkan program tersebut. Beberapa program Keahlian Jenama Shopee Mall juga menawarkan mata ganjaran bonus untuk pendaftaran baru.

Mata ganjaran akan ditambah secara automatik ke akaun Keahlian Jenama anda apabila anda berjaya melengkapkan pesanan dari kedai Mall. Pesanan yang dibatalkan, dikembalikan, atau dipulangkan tidak sah untuk pengumpulan mata ganjaran.

⚠️ Nota:

  • Mata ganjaran yang diperoleh bagi setiap Ringgit Malaysia (RM) yang dibelanjakan berbeza mengikut kedai Mall yang berlainan.
  • Mata ganjaran sah untuk 12 bulan dari tarikh ia diperoleh.

Anda boleh melihat tahap Keahlian Jenama semasa anda dan faedahnya dengan mengikuti langkah di bawah:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2024-09-26T163908.984.gif
Langkah 1: Pergi ke tab Keahlian di halaman kedai
Langkah 2: Klik pada Tahap anda
Langkah 3: Leret ke Kiri untuk melihat Faedah Tahap
Langkah 4: Klik pada Terma Keahlian untuk melihat terma & syarat

⚠️ Nota:

  • Mata ganjaran yang dikumpul di bawah program Keahlian Jenama tidak boleh dipindahkan. Hanya ahli yang memperolehi mata boleh menggunakannya dalam kedai Mall tempat mata tersebut diperoleh.
  • Jika anda memilih untuk berhenti daripada program Keahlian Jenama, semua mata, perbelanjaan, dan tahap yang diperoleh akan dilucutkan. Sebarang pendaftaran semula ke kedai Mall yang sama akan dianggap sebagai permohonan baru, dengan pengumpulan mata ganjaran dan perbelanjaan bermula semula. Namun, mata bonus untuk ahli baru tidak akan diberikan untuk pendaftaran semula.
  • Sebarang tingkah laku penipuan yang diperhatikan akan ditangani dengan tegas dan boleh mengakibatkan penamatan daripada program Keahlian Jenama atau akaun Shopee pengguna.
  • Mata ganjaran yang diperoleh hanya boleh Ditebus untuk Ganjaran yang Disenaraikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
 
Penyelesaian Masalah

Jika anda melihat perubahan yang tidak dijangka dalam mata ganjaran Keahlian Jenama anda, ia mungkin disebabkan oleh pelarasan dari Shopee untuk membetulkan sebarang kesilapan pengiraan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman.
Was this article helpful?
Yes
No