Terdapat dua jenis baucar utama di Shopee:
- Baucar platform, yang juga dikenali sebagai baucar Shopee.
- Baucar penjual, yang merangkumi baucar kedai dan produk.
Promosi yang ditawarkan oleh baucar ini termasuk pulangan tunai, jumlah diskaun, dan peratusan diskaun.
Bermula 8 Julai 2022, pengguna Shopee boleh menggunakan sehingga dua jenis baucar bagi setiap pembayaran:
- Sekurang-kurangnya satu Baucar Kedai; dan
- Satu Baucar Platform Shopee (Penghantaran, Diskaun, atau Pulangan Tunai)
Dengan penambahbaikan ini, pembeli boleh menggabungkan baucar platform Shopee dan pelbagai baucar penjual dalam satu pesanan.
Mencari Baucar
Anda boleh mencari baucar di pelbagai halaman Shopee. Mulakan dengan melawat halaman baucar di laman utama aplikasi Shopee.
Menebus Baucar
Setelah anda menemui baucar yang sesuai dengan keperluan pembelian anda, anda boleh menebusnya untuk kegunaan kemudian. Semua baucar yang telah ditebus boleh ditemui di halaman "Baucar/Diskaun"
Menggunakan Baucar
Anda boleh menggunakan baucar anda semasa pembayaran. Sebagai alternatif, jika anda mempunyai kod baucar, anda boleh memasukkannya sebelum membuat pembayaran.
Pemulihan Baucar
Baucar anda (Baucar Cashback dan Baucar Diskaun Shopee) akan dikembalikan secara automatik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas pembatalan pesanan atau bayaran balik telah diluluskan. Ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: - Baucar masih dalam tempoh sah untuk digunakan.
- Baucar hanya digunakan untuk satu pesanan sahaja.
⚠️ Nota: - Jika anda telah menggunakan baucar anda untuk beberapa pesanan dan salah satu pesanan dibatalkan atau dipulangkan, jumlah baucar yang digunakan untuk pesanan yang dibatalkan atau menerima bayaran balik tidak akan dikembalikan secara automatik.
- Jika pesanan anda telah diluluskan untuk pemulangan sebahagian, baucar yang digunakan untuk pesanan tersebut tidak akan dikembalikan.