Untuk mencari Tawaran Tambahan, perhatikan label Add-on Deal/Hadiah Percuma semasa anda mencari produk. Anda akan melihat label ini pada produk utama.
Nikmati diskaun untuk produk tambahan atau dapatkan hadiah percuma apabila anda menambah lebih banyak item pada pembelian utama anda.
Untuk melakukannya, klik pada 'Add-on Deal' di bawah promosi untuk melihat produk yang termasuk dalam 'Add-on Deal'. Kemudian, pilih item dengan label Add-On/Hadiah Percuma, pilih variasi (jika berkenaan) dan kuantiti, klik Sahkan, dan kemudian Tambah ke Troli.
⚠️Nota
Terdapat had pada bilangan 'Add-on Deal' yang boleh anda beli bagi setiap kedai. Semak had pembelian yang ditetapkan oleh penjual semasa anda memilih 'Add-on Deal'.