Anda boleh menggunakan kod baucar anda dengan memasukkannya sebelum membuat pembayaran untuk jenis transaksi berikut:
- Pembelian produk bukan digital
- Pembelian produk digital
Pembelian produk bukan digital
Apabila anda membuat pembayaran untuk produk di halaman checkout, ikuti langkah-langkah ini:- Pilih "Baucar Shopee"
- Masukkan kod baucar Shopee anda
- Klik "Guna"
Pembelian produk digital
Untuk pembelian produk digital, ikuti langkah-langkah ini:- Pilih "Baucar"
- Masukkan kod baucar anda
- Klik "Guna"
Jika kod baucar tidak sah, mesej ralat akan dipaparkan.
Penyelesaian Masalah
Jika anda tidak dapat menggunakan kod baucar, cuba langkah-langkah berikut:
- Pastikan anda telah memasukkan kod baucar dengan betul.
- Semak jika anda perlu mengubah pembelian anda untuk memenuhi syarat penggunaan baucar, termasuk jenis produk, pilihan pembayaran/penghantaran, atau perbelanjaan minimum.
- Jika anda baru sahaja menggunakan kod baucar dalam transaksi yang tidak berjaya, cuba lagi selepas 15 minit. Ketahui lebih lanjut mengenai penggunaan kod baucar untuk pesanan yang dibatalkan.
Jika anda masih tidak dapat menggunakan kod baucar, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- Kod baucar telah tamat tempoh.
- Butiran akaun anda tidak memenuhi syarat pengguna yang boleh menggunakan kod tersebut (contohnya, baucar tersebut hanya untuk pengguna baharu).
- Anda telah menggunakan kod baucar dalam transaksi yang berjaya.
- Baucar tersebut telah ditebus sepenuhnya, kerana sesetengah baucar mempunyai kuota penggunaan terhad.
Jika tiada perkara di atas terpakai kepada anda, sila hubungi kami melalui saluran yang disenaraikan di bahagian bawah halaman untuk bantuan lanjut.