Bahasa Malaysia | EnglishBuka aplikasi Shopee anda, dan klik pada Prabayar, Bil & Tiket, dan di bawah bahagian Hiburan, pilih E-Voucher untuk mencari baucar yang ingin anda beli.
Selepas anda menemui baucar yang diinginkan, klik Beli Sekarang untuk meneruskan ke pembayaran. Pilih kaedah pembayaran anda dari ShopeePay, Kad Kredit atau Debit, Pembayaran Tunai di 7-Eleven, atau Perbankan Atas Talian, kemudian klik Sah dan Bayar Sekarang. Setelah pembayaran berjaya, anda boleh mendapatkan kod baucar anda dengan mengklik Lihat Butiran Pesanan.
Pastikan anda membaca butiran baucar Food & Services yang dipilih, termasuk:- Tempoh sah baucar
- Lokasi penebusan
- Apa yang anda akan dapat
- Cara untuk menebus
- Terma & Syarat
Untuk menebus baucar yang telah dibeli, Leret untuk Menebus Baucar di hadapan juruwang.
⚠️Nota:
Hanya leret dan tebus baucar anda apabila anda berada di kedai peniaga, di hadapan juruwang. Baucar Makanan & Perkhidmatan yang ditebus secara tidak sengaja akan dianggap telah ditebus dan tidak akan dipulihkan/dikembalikan.
Semua Baucar Makanan & Perkhidmatan yang dibeli di bawah Prabayar, Bil & Tiket, tidak boleh dipulangkan atau dikembalikan, tanpa mengira sama ada ia telah ditebus atau tidak. Jika anda menghadapi masalah semasa menebus baucar anda di mana-mana peniaga kami, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan lanjut.