Bahasa Malaysia | English Ya, anda boleh melunaskan keseluruhan jumlah ansuran tertunggak pada bila-bila masa tanpa caj tambahan melalui kaedah pembayaran berikut:- ShopeePay e-wallet
- Perbankan Dalam Talian
Sila ambil perhatian bahawa sebarang bayaran awal secara sebahagian atau penuh terhadap jumlah ansuran tertunggak tidak akan melayakkan anda untuk menerima sebarang ibra’ (rebat) atau diskaun ke atas jumlah ansuran atau sebarang yuran berkaitan yang perlu dibayar kepada Monee.
SFinancing-i ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).