Hi, how can we help?

[SFinancing-i] Bilakah tarikh akhir ansuran SFinancing-i?

Bahasa Malaysia | English

Tarikh akhir ansuran pertama adalah 30 hari selepas SeaMoney menyelesaikan pembelian dan penjualan komoditi mengikut Perjanjian Pembiayaan Murabahah Komoditi yang telah dikemukakan. Jika anda sedang menunggu untuk menerima jumlah pembiayaan anda (yang mungkin mengambil masa 1-2 hari selepas anda mengemukakan permintaan pembiayaan), sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir ansuran akan tetap berdasarkan tarikh penyelesaian pembelian dan penjualan komoditi, dan bukannya tarikh anda menerima jumlah pembiayaan.

Tarikh akhir ansuran adalah pada hari yang sama setiap bulan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai permintaan pembiayaan dengan tempoh 3 bulan dan tarikh akhir ansuran pertama adalah pada 12 Jun 2022, tarikh akhir berikutnya adalah pada 12 Julai 2022 dan 12 Ogos 2022.

Namun, jika tarikh bayaran pertama anda adalah pada 31 haribulan, tarikh bayaran berikutnya akan jatuh pada hari terakhir bulan tersebut. Contohnya, 28 atau 29 Februari, atau 30 April.

Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir sebenar akan dipaparkan di Laman Utama SFinancing-i dan sila buat bayaran tepat pada masanya berdasarkan tarikh akhir sebenar.

SFinancing-i adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Was this article helpful?
Yes
No