Kami biasanya menentukan kelayakan pengguna untuk mengakses perkhidmatan kami dan had fasiliti yang sesuai berdasarkan sejarah transaksi dan tingkah laku pembelian mereka di Shopee. Had fasiliti awal biasanya kecil tetapi akan meningkat secara beransur-ansur apabila pengguna menggunakan perkhidmatan kami dan membuat pembayaran tepat pada masanya.
Kami akan memberikan setiap individu had berdasarkan tingkah laku pengguna mereka. Kami kemudian akan menyemak akaun mereka secara berkala dan melaraskan had mereka mengikut kesesuaian. Ini melindungi pengguna daripada berbelanja melebihi kemampuan mereka untuk membayar balik dan memastikan fleksibiliti pembiayaan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
SFinancing-i adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.