Hi, how can we help?

[Rakan Logistik] Apakah Logistik Disokong Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Logistik Disokong Shopee adalah penyedia logistik pihak ketiga yang telah mengintegrasikan sistem mereka dengan Shopee. Berikut adalah rakan Logistik Disokong Shopee kami:

  • SPX Express
  • PosLaju
  • DHL
  • GDEX
  • NinjaVan
  • Flash Express
  • Best Cargo
  • KEX Express
  • City-Link Express
  • Penghantaran Hari Sama oleh Shopee Food
 
Dengan integrasi ini, anda boleh menjejak penghantaran oleh rakan logistik kami dengan mudah melalui Aplikasi Shopee. Untuk melihat kemas kini penghantaran bagi pesanan anda, sila ikut langkah-langkah tersebut: 
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of - 2025-02-06T144146.113.gif
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Untuk Diterima
Langkah 3: Pilih pesanan
Langkah 4: Lihat kemas kini penghantaran

  • Nombor penjejakan akan dikongsi secara automatik apabila tersedia.
  • Semua butiran penghantaran akan dikemas kini secara berkala, daripada persediaan bungkusan, pengambilan oleh kurier, sehingga penghantaran.
 
Jenis Perkhidmatan Standard

Pembeli boleh melihat dan memilih salah satu pilihan penghantaran yang sesuai dengan keperluan mereka di bawah Jenis Perkhidmatan Standard.
 
  • Hantar Hari Sama
  • Hantar Hari Esok
  • Penghantaran 2 Hari 
  • Pusat Pengambilan Sendiri
  • Penghantaran Depan Pintu
  • Penghantaran Depan Pintu Standard (Antarabangsa)
  • Penghantaran Ekspres (Antarabangsa)
  • Penghantaran Depan Pintu (Penghantaran Laut)
  • Penghantaran Depan Pintu (Penghantaran Laut Antarabangsa)
  • Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)
  • Penghantaran Pukal
  • Pengambilan Dalam Stor 
  • Servis Pemasangan
  • Logistik Bukan Disokong Shopee (Barat/Timur Malaysia)*

Jadual di bawah menunjukkan pengelompokan Saluran Penghantaran mengikut Jenis Perkhidmatan.
 
6285e32464824539ad47301f621dbe24.png
 
⚠️ Nota:

  • Penghantaran Depan Pintu (Penghantaran Laut) hanya terpakai untuk penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak untuk penjual terpilih.
  • Penghantaran Hantar Hari Sama hanya terpakai untuk penghantaran dalam kawasan Lembah Klang sahaja.
  • Pengambilan di Pusat Koleksi hanya terpakai untuk pembeli di kawasan Lembah Klang sahaja.
  • Saluran penghantaran di bawah Armada Sendiri Penjual (Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak) adalah dalam kategori Logistik Bukan Disokong Shopee.
 
Ketahui cara untuk menghubungi rakan Logistik Disokong Shopee bagi sebarang isu berkaitan penghantaran.
Was this article helpful?
Yes
No