Hi, how can we help?

[SPayLater] Mengapakah permohonan SPayLater saya ditolak?

Bahasa Malaysia | English

Pada masa ini, SPayLater hanya boleh diaktifkan oleh pengguna yang layak dan memerlukan data permohonan yang tepat untuk diluluskan.

Sila ikuti tip-tip berikut untuk meningkatkan peluang kelulusan:

  • Pastikan tiada halangan yang menutupi butiran peribadi dalam foto ID anda, termasuk bayang-bayang, pantulan lampu kamera, silau dari pencahayaan, dan/atau kerosakan pada ID.
  • Pastikan anda mempunyai dokumen pengenalan yang sah secara fizikal semasa melengkapkan permohonan.
  • Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan sepadan dengan butiran pada ID kerajaan yang sah.
  • Pastikan orang dalam gambar ID sama dengan orang dalam pemeriksaan liveness.
  • Pastikan anda tidak mempunyai akaun SPayLater yang sedia ada. Jika sudah diaktifkan sebelum ini, anda boleh menggunakan akaun tersebut.
  • Tingkatkan pembelian anda di Shopee.

Semasa tempoh interim apabila SPayLater anda tidak tersedia, anda boleh menggunakan kaedah pembayaran alternatif.

SPayLater adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Was this article helpful?
Yes
No