Hi, how can we help?

[ShopeePay] Apakah Tempoh Bertenang 12 Jam?

Bahasa Malaysia | English

Tempoh Bertenang untuk had transaksi akan dilaksanakan bermula 31 Disember 2024 apabila salah satu daripada tindakan berikut berlaku:

  • Akaun ShopeePay diaktifkan buat kali pertama.
  • Peranti baharu digunakan untuk log masuk ke akaun ShopeePay.
  • Aplikasi telah dipadam, muat turun semula dan log masuk semula dengan peranti yang sama.
 

⚠️ Nota:

Tempoh bertenang akan berlangsung selama 12 jam dari masa ia diaktifkan.


Perkhidmatan yang Terjejas Semasa Tempoh Bertenang
 

Transaksi yang boleh dilakukan

Transaksi yang tidak boleh dilakukan

· Tambah nilai dompet ShopeePay melalui FPX, Giro, Kad Kredit, atau Kad Debit

· Menerima dana daripada mana-mana saluran pembayaran

· Melakukan pembayaran sehingga had terkumpul RM250 (untuk peniaga dalam talian dan luar talian), termasuk pembayaran menggunakan ShopeePay di Shopee

Memindahkan dana keluar dari dompet ShopeePay, termasuk:

 

· DuitNow QR

· Pemindahan DuitNow (melalui nombor telefon, nombor akaun, NRIC, ID Tentera/Polis)

· ShopeePay Ang Bao

· Mengeluarkan dana melalui Pindahan DuitNow dalam aplikasi ShopeePay

· Pindahan melalui kenalan

· Pindahan ke luar negara

· Bayaran peniaga 

 
Tempoh Bertenang diperkenalkan untuk mengelakkan transaksi tidak sah dengan menyediakan tempoh penangguhan di mana aktiviti yang mencurigakan boleh dikenal pasti dan dilaporkan. Tempoh Bertenang akan berlangsung selama 12 jam dari masa ia dicetuskan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Tempoh Bertenang untuk had transaksi.
 

⚠️ Nota:
Jika anda baru-baru ini telah meningkatkan had transaksi anda, sila rujuk artikel ini.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied