Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay] Apakah Kill Switch?

Bahasa Malaysia | English
 
Kill Switch adalah ciri keselamatan yang akan diperkenalkan bermula 31 Disember 2024. Ia merupakan ciri yang dikendalikan pengguna yang membolehkan anda menyahaktifkan dompet ShopeePay anda dengan segera dalam situasi kecemasan, seperti kehilangan telefon atau jika anda mengesyaki akses tidak sah.

Perkhidmatan di bawah akan terkesan, dan anda tidak dapat melakukan tindakan yang berkaitan: 
 

Perkhidmatan Dompet ShopeePay 

Perkhidmatan Akaun ShopeePay 

Pembayaran Peniaga 

· Tambah nilai baki ShopeePay termasuk Auto Top Up

· Pemindahan dana

· Penghantaran atau penerimaan ShopeePay Ang Bao

· Fungsi berkaitan PIN & Biometrik seperti menetapkan atau menukar PIN

· Menghantar eKYC

· Semua mod pembayaran melalui ShopeePay dan SPayLater termasuk Kaedah Pembayaran yang Dipautkan

· Penukaran keutamaan kaedah pembayaran untuk Pembayaran Berurutan


A) Langkah-langkah untuk Mengaktifkan Kill Switch:
 
Melalui Aplikasi ShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Sebab dan klik Sahkan
Langkah 5: Klik Sahkan sekali lagi
 
f21d8f00d9544619bf9fca8d30fcbaa1.gif
 
 
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Kill Switch
Langkah 5: Pilih sebab dan klik Sahkan
Langkah 6: Klik Sahkan sekali lagi
 
5189918411a94ed0bc492de87bf55a2a.gif
 
B) Untuk menyahaktifkan Kill Switch, anda perlu menghantar permohonan melalui borang web kami bagi tujuan pengesahan keselamatan. Sila rujuk langkah-langkah di bawah:
 
Melalui Aplikasi ShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
 
8d5d7858d7fb44a1b84c0e9720ab8db8.gif
 
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
 
1bcc6306f636432699cf1216ba9d0c3c.gif
 
⚠️ Nota:
  • Jika anda mempunyai pulangan wang ShopeePay yang masih diproses ketika Kill Switch diaktifkan, ini tidak akan terjejas. Pulangan wang akan diproses seperti biasa dan dikreditkan semula ke dalam baki ShopeePay anda.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Kill Switch
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati