Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay] Soalan Lazim Kill Switch

Bahasa Malaysia | English

1. Bagaimana cara saya mengaktifkan Kill Switch?

Untuk mengakses dan mengaktifkan Kill Switch, ikuti langkah-langkah berikut:
 
Melalui Aplikasi ShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Sebab dan klik Sahkan
Langkah 5: Klik Sahkan sekali lagi
 
320c69e1fb1a4f09872098ba7c1395dc.gif
 
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Kill Switch
Langkah 5: Pilih sebab dan klik Sahkan
Langkah 6: Klik Sahkan sekali lagi
 
27765b48f055471a8266b941e339fe1f.gif
 
2. Bagaimana saya tahu jika Kill Switch saya telah diaktifkan?

Apabila anda mengaktifkan Kill Switch, anda akan menerima pemberitahuan tolak yang memaklumkan bahawa Kill Switch anda telah berjaya diaktifkan.

3. Apa yang perlu saya lakukan jika saya menerima pemberitahuan tolak mengatakan Kill Switch saya telah diaktifkan, tetapi saya tidak melakukan tindakan ini?

Jika anda tidak melakukan tindakan ini, sila hubungi sokongan pelanggan untuk mendapatkan bantuan.

4. Apa yang berlaku selepas saya mengaktifkan Kill Switch?

Perkhidmatan di bawah akan terkesan, dan anda tidak dapat melakukan tindakan yang berkaitan: 
 

Perkhidmatan Dompet ShopeePay

Perkhidmatan Akaun ShopeePay

Pembayaran Peniaga

· Tambah nilai baki ShopeePay termasuk Auto Top Up

· Pemindahan dana

· Penghantaran atau penerimaan ShopeePay Ang Bao

· Fungsi berkaitan PIN & Biometrik seperti menetapkan atau menukar PIN

· Menghantar eKYC

· Semua mod pembayaran melalui ShopeePay dan SPayLater termasuk Kaedah Pembayaran yang Dipautkan

· Penukaran keutamaan kaedah pembayaran untuk Pembayaran Berurutan


5. Adakah mengaktifkan Kill Switch akan memadamkan akaun saya?

Mengaktifkan Kill Switch tidak akan memadamkan akaun anda. Ini adalah langkah untuk membekukan akaun anda dengan melumpuhkan sebarang transaksi atau aktiviti, membantu melindungi akaun anda daripada akses yang tidak sah.

6. Adakah mengaktifkan Kill Switch menjejaskan dana dalam akaun saya?

Mengaktifkan Kill Switch tidak akan menjejaskan dana dalam akaun anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menggunakan atau mengakses dana dalam akaun anda sehingga Kill Switch dinyahaktifkan.

7. Adakah saya boleh melihat baki akaun dan transaksi saya setelah Kill Switch diaktifkan?

Ya, anda masih boleh melihat baki akaun dan transaksi anda di laman utama ShopeePay.

8. Bagaimana saya boleh menyahaktifkan Kill Switch?
 
Untuk menyahaktifkan Kill Switch, anda perlu menghantar permohonan melalui borang web kami bagi tujuan pengesahan keselamatan. Sila rujuk langkah-langkah di bawah
 
Melalui Aplikasi DShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
 
d798f9f6c1114f858cb8aab73796dbe8.gif
 
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
 
856db1dfadba4c81864d249676bfbdec.gif
 
 
Ketahui lebih lanjut dengan artikel Pusat Bantuan kami yang lain - Apakah Kill Switch?
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati