Hi, how can we help?

[SPayLater] Adakah terdapat sebarang caj untuk menggunakan SPayLater?

Bahasa Malaysia | English

 

Jenis Caj 

Definisi

Bila caj ini dikenakan? 

Jumlah

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Nominal:

Caj yang dikenakan untuk penyediaan perkhidmatan SPayLater dan boleh digantikan dengan Kadar Ansuran seperti yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan kami. 

 

Kadar Keuntungan Efektif (EPR):
Merujuk kepada kos sebenar bil SPayLater anda dengan mengambil kira pengurangan baki tertunggak secara beransur-ansur apabila pembayaran bil dibuat. Kadar ini dikira berdasarkan baki tertunggak anda pada setiap tarikh pengebilan.

Nota: Kedua-dua istilah ini merujuk kepada kadar keuntungan yang sama. Anda tidak dikenakan caj sebanyak dua kali.

Kadar Kuntungan dikenakan dalam jumlah ansuran bulanan. 

Kadar Kuntungan Nominal adalah berdasarkan pelan pembayaran yang dipilih dan jumlah transaksi:

· 1 Bulan - Tiada caj

· 3 Bulan* - 1.5% sebulan / 4.5%

· 6 Bulan - 1.5% sebulan / 9%

· 12 Bulan - 1.5% sebulan / 18%

· 18 Bulan - 1.5% sebulan / 27%

· 24 Bulan - 1.5% sebulan / 36%


*Bagi tempoh 3 bulan, tiada kadar keuntungan dikenakan untuk pembayaran di platform Shopee Marketplace (anda akan melihat kadar keuntungan 0% pada halaman pilihan pembayaran semasa daftar keluar (checkout).
 
Walau bagaimanapun, kadar keuntungan bagi pelan 3 bulan masih dikenakan untuk pembelian di ShopeeFood, Insurans, Perkhidmatan Prabayar, Bil & Tiket, serta pembayaran yang dibuat di luar aplikasi Shopee (sama ada di kedai fizikal atau dalam talian).

Caj Lewat

Penalti dikenakan jika pengguna tidak membayar bil SPayLater sebelum tarikh akhir. Monee akan membekukan akaun SPayLater jika pembayaran lewat.

Caj Lewat dikenakan apabila pengguna tidak membayar bil SPayLater selepas tarikh akhir. 

RM10 atau jumlah bil prinsipal, yang mana lebih rendah.


· Jika bil prinsipal melebihi RM10, caj lewat adalah RM10.

· Jika bil prinsipal kurang daripada RM10, caj lewat akan sama dengan jumlah bil prinsipal.

 
 
Apakah Perbezaan antara Kadar Keuntungan Nominal dengan Kadar Keuntungan Efektif?
 
Kadar Keuntungan Nominal (NPR)Kadar Keuntungan Efektif (EPR)

·  Kadar sebanyak 1.5% sebulan yang dikenakan ke atas jumlah penuh pembelian sepanjang tempoh ansuran.

· Kos sebenar tahunan bagi pelan tersebut.

· Digunakan sebagai penanda aras mudah untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh pengguna.

· Kadar pembiayaan sebenar berdasarkan pengiraan ansuran bulanan, dengan mengambil kira pengurangan baki tertunggak secara beransur-ansur apabila bayaran bil bulanan dibuat.

· Sama bagi setiap tempoh ansuran.

· Berbeza mengikut tempoh ansuran.

 
 
Contoh Pengiraan Kadar Keuntungan
 

Pelan Pembayaran

1 Bualn

3 Bulan

6 Bulan

12 Bulan

18 Bulan

24 Bulan

36 Bulan

48 Bulan

Kadar Keuntungan Efektif (tahunan)

Tiada caj

26.80%

30.23%

31.72%

31.76%

31.46%

30.59%

29.70%

Kadar Keuntungan Nominal (bulanan)

Tiada caj

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

1.5%

Jumlah Kadar Keuntungan Nominal

Tiada caj

1.5% * 3M
= 4.5%

1.5% * 6M
= 9%

1.5% * 12M
= 18%

1.5% *18M
= 27%

1.5% * 24M
= 36%

1.5% * 36M
= 54%

1.5% * 48M = 72%

Contoh jumlah transaksi = RM100

Contoh jumlah transaksi = RM1,000

Jumlah untungan 

Tiada caj

RM100 * 4.5%
= RM4.50

RM100 * 9%
= RM9.00

RM100 * 18%
= RM18.00

RM100 * 27%
= RM27.00

RM100 * 36%
= RM36.00

RM1,000 * 54% = RM540

RM1,000 * 72% = RM720

Jumlah Harga yang Dibayar
(Jumlah Transaksi + Keuntungan)

RM100+0
= RM100.00

RM100+4.50
= RM104.50

RM100+9
= RM109.00

RM100+18
= RM118.00

RM100+ 27
= RM127.00

RM100+ 36
= RM136.00

RM1,000 + 540 = RM1,540.00 

RM1,000 + 720 = RM1,720.00

Ansuran Bulanan

RM100.00/1M
= RM100

RM104.50/3M
= RM34.83

RM109.00/6M
= RM18.16

RM118.00/12M
= RM9.83

RM127.00/18M
= RM7.06

RM136.00/24M
= RM5.67

RM1,540.00/36M
= RM42.78

RM1,720.00/48M
= RM35.83

 
 
Contoh Pengiraan Caj Lewat 
 

Senario

Jumlah Prinsipal 

Caj Lewat 

Pesanan di bawah RM10 

Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM9 

Caj Lewat = RM9


Memandangkan jumlah ini kurang daripada RM10, caj lewat adalah RM9.

Pesanan melebihi RM10

Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM11 

Caj Lewat = RM10


Memandangkan jumlah ini melebihi RM10, caj lewat adalah RM10.
 
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied