Bahasa Malaysia | English
Jenis Caj | Definisi | Bila caj ini dikenakan? | Jumlah |
Caj Pemprosesan | Caj yang dikenakan untuk penyediaan perkhidmatan SPayLater dan boleh digantikan dengan Kadar Ansuran seperti yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan kami. | Caj Pemprosesan dikenakan dalam jumlah ansuran bulanan. | Caj Pemprosesan adalah berdasarkan pelan pembayaran yang dipilih dan jumlah transaksi: · 1 Bulan - Tiada caj · 3 Bulan* - 1.5% sebulan / 4.5% · 6 Bulan - 1.5% sebulan / 9% · 12 Bulan - 1.5% sebulan / 18% · 18 Bulan - 1.5% sebulan / 27% · 24 Bulan - 1.5% sebulan / 36% *Untuk tempoh 3 bulan, tiada caj pemprosesan untuk pembayaran di platform Shopee Marketplace (anda akan melihat 0% caj pemprosesan di halaman pilihan pembayaran). Namun, caj pemprosesan 3 bulan masih dikenakan untuk ShopeeFood, Insurans, Perkhidmatan Prabayar, Bil & Tiket, serta pembayaran di luar aplikasi Shopee (dalam kedai dan dalam talian). |
Caj Lewat | Penalti yang dikenakan jika pengguna tidak membayar bil SPayLater sebelum tarikh akhir. SeaMoney akan membekukan akaun SPayLater jika pembayaran lewat. | Caj Lewat dikenakan apabila pengguna tidak membayar bil SPayLater selepas tarikh akhir. | RM10 atau jumlah bil prinsipal, yang mana lebih rendah. · Jika bil prinsipal melebihi RM10, caj lewat adalah RM10. · Jika bil prinsipal kurang daripada RM10, caj lewat akan sama dengan jumlah bil prinsipal. |
Pelan Pembayaran | 1 Bulan | 3 Bulan | 6 Bulan | 12 Bulan | 18 Bulan | 24 Bulan |
Caj Pemprosesan Bulanan | Tiada caj | 1.5% | 1.5% | 1.5% | 1.5% | 1.5% |
Jumlah Caj Pemprosesan | Tiada caj | 1.5% * 3M | 1.5% * 6M | 1.5% * 12M | 1.5% *18M | 1.5% * 24M |
Contoh jumlah transaksi = RM100 | ||||||
Jumlah Caj Pemprosesan | Tiada caj | RM100 * 4.5% | RM100 * 9% | 1.5% * 18% | RM100 * 27% | RM100 * 36% |
Jumlah Harga Dibayar (Jumlah Transaksi + Caj Pemprosesan) | RM100+ 0 | RM100+ 4.50 | RM100+ 9 | RM100+ 18 | RM100+ 27 | RM100+ 36 |
Ansuran Bulanan | RM100.00/1M | RM104.50/3M | RM109.00/6M | RM118.00/12M | RM127.00/18M | RM136.00/24M |
Senario | Jumlah Prinsipal | Caj Lewat |
Pesanan di bawah RM10 | Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM9 | Caj Lewat = RM9 Memandangkan jumlah ini kurang daripada RM10, caj lewat adalah RM9. |
Pesanan melebihi RM10 | Jumlah prinsipal ansuran pertama = RM11 | Caj Lewat = RM10 Memandangkan jumlah ini melebihi RM10, caj lewat adalah RM10. |