Mengurus menu anda dengan mudah dengan menambah, mengedit, atau memadam hidangan di aplikasi Shopee Partner. Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan menu anda sentiasa terkini!
Rujuk panduan kategori berikut:
- Cara Menambah Hidangan Baru?
- Cara Mengedit Hidangan?
- Cara Memadam Hidangan?
- Cara Kemas Kini Status Hidangan Secara Bulk Manage? (Tersedia / Tidak Tersedia)
- Cara untuk Menyusun Kedudukan Hidangan / Kategori?
- Cara untuk Menambah / Mengedit / Memadam Kategori?
1. Cara Menambah Hidangan Baru?
Langkah 1: Di bahagian 'Menu' dalam aplikasi Shopee Partner, ketik '+Tambah'.
Langkah 2: Pilih 'Tambah Hidangan'.
Langkah 3: Berikan maklumat yang relevan untuk hidangan anda, termasuk Nama, Gambar, Harga, Kategori, dan Penerangan. Anda juga boleh menukar tetapan lain seperti Status Paparan, Ketersediaan Stok, dan Masa Jualan.
Langkah 4: Klik ‘Simpan’ setelah disahkan.
2. Cara Mengedit Hidangan?
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee Partner, klik hidangan yang ingin anda edit di tab 'Menu'.
Langkah 2: Ubah butiran hidangan anda mengikut keperluan, termasuk Nama, Harga, Kategori, dan Penerangan. Anda juga boleh menukar tetapan lain seperti Status Paparan, Ketersediaan Stok, dan Masa Jualan.
Langkah 3: Klik ‘Simpan’ setelah disahkan.

- Status Paparan adalah 'Tunjuk'
- Ketersediaan Stok adalah 'Tersedia'
- Masa Jualan adalah 'Sepanjang hari'
3. Cara Memadam Hidangan?
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee Partner, klik hidangan yang ingin anda padam di tab 'Menu'.
Langkah 2: Jika anda ingin mengeluarkan hidangan dari menu anda, pergi ke bahagian bawah halaman dan ketik 'Padam Hidangan'.
Langkah 3: Setelah disahkan untuk dipadam, klik ‘Padam’.
4. Cara Kemas Kini Status Hidangan Secara Bulk Manage (Tersedia / Tidak Tersedia)
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, pilih 'Bulk Manage'.
Langkah 2: Pilih Hidangan
- Pilihan 1: Pilih hidangan individu dengan menandakan kotak di sebelah setiap hidangan.
- Pilihan 2: Gunakan penapis kategori untuk memilih pelbagai hidangan dalam kategori tertentu (contoh: Pembuka Selera, Hidangan Utama, dan lain-lain).
Langkah 3: Tetapkan Status untuk semua hidangan yang dipilih
- Set as Tersedia – Tandakan hidangan yang dipilih sebagai tersedia untuk dipesan.
- Set as Tidak Tersedia – Tandakan hidangan yang dipilih sebagai tidak tersedia untuk dipesan.
Langkah 4: Tetapkan Tempoh (Untuk Status Tidak Tersedia Sahaja). Jika menetapkan status kepada Tidak Tersedia, pilih salah satu daripada pilihan berikut:
- Hari Ini – Hidangan akan tidak tersedia untuk sepanjang hari.
- Matikan selama-lamanya – Hidangan akan ditandakan sebagai tidak tersedia secara kekal.
- Masa Yang Lain – Tetapkan tempoh tertentu untuk status tidak tersedia (contoh: jam, hari, atau jangka masa khusus).
Langkah 5: Sahkan & Terapkan- Semak pilihan anda untuk memastikan semuanya betul.
- Klik 'Sahkan' untuk memuktamadkan dan mengemas kini status bagi semua hidangan yang dipilih.

📌 Nota Tambahan:
- Anda boleh memilih pelbagai hidangan sekali gus dengan menandakan kotak di sebelah setiap hidangan atau menggunakan penapis kategori untuk memilih semua hidangan dalam kategori tertentu.
- Apabila menandakan hidangan sebagai tidak tersedia, pastikan pilihan tempoh yang betul dipilih.
- Setelah anda mengesahkan kemas kini status, perubahan akan segera dilaksanakan dalam sistem.
5. Cara Menyusun Kedudukan Hidangan / Kategori?
5.1 - Menyusun Kedudukan Hidangan
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, klik ‘Kedudukan’.
Langkah 2: Klik ‘Kedudukan Hidangan’.
Langkah 3: Anda boleh menggerakkan hidangan dengan klik anak panah ‘Atas’ atau ‘Bawah’ mengikut pilihan anda.
Langkah 4: Setelah kedudukan disahkan, klik ‘Simpan’.
5.2 - Menyusun Kedudukan Kategori
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, klik ‘Kedudukan’.
Langkah 2: Klik ‘Kedudukan Kategori’.
Langkah 3: Anda boleh menggerakkan kategori dengan klik anak panah ‘Atas’ atau ‘Bawah’ mengikut pilihan anda.
Langkah 4: Setelah kedudukan disahkan, klik ‘Simpan’.
6. Cara untuk Menambah/Mengedit/Memadam Kategori?
6.1 - Menambah Kategori
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, klik ‘Tambah’.
Langkah 2: Klik ‘Tambah Kategori’.
Langkah 3: Isikan nama kategori.
Langkah 4: Setelah selesai, klik ‘Simpan’.
6.2 - Mengedit Kategori
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, klik ‘Sunting Kategori’.
Langkah 2: Pilih kategori untuk diedit.
Langkah 3: Anda boleh mengemas kini nama kategori mengikut kesesuaian.
Langkah 4: Setelah disahkan, sila klik ‘Simpan’.
6.3 - Memadam Kategori?
Langkah 1: Dalam bahagian 'Menu' di Aplikasi Shopee Partner, klik ‘Sunting Kategori’.
Langkah 2: Pilih kategori untuk dipadam mengikut pilihan anda.
Langkah 3: Klik ‘Padam Kategori’ Satu mesej pop-up akan muncul untuk memaklumkan bahawa semua hidangan di bawah kategori ini akan turut dipadam.
Langkah 4: Setelah disahkan, sila klik “Simpan”.
Setelah anda berjaya membuat atau mengedit hidangan, ia akan disemak oleh ahli pasukan ShopeeFood. Ia akan mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk hidangan anda disemak.
Sila ingat untuk sentiasa mengikuti polisi dan garis panduan kandungan menu kami yang boleh dilihat di Pusat Bantuan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penolakan hidangan anda.