Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Cara mengurus Kumpulan Pilihan Menu melalui Aplikasi Shopee Partner

English | Bahasa Malaysia
 
Kumpulan pilihan adalah set pilihan yang boleh disesuaikan untuk item menu. Kumpulan pilihan ini membolehkan pembeli menyesuaikan pesanan mereka berdasarkan keutamaan atau keperluan diet, seperti memilih kepedasan makanan atau manis dan suhu minuman.

(Sila ambil perhatian bahawa hanya akaun admin yang boleh mengemas kini/membuat kumpulan pilihan, sila semak jenis akaun anda sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.)

Sila rujuk panduan kategori berikut:
  1. Cara menambah kumpulan pilihan baru?
  2. Cara mengedit kumpulan pilihan?
  3. Cara memadam kumpulan pilihan?
  4. Cara menjadikan pilihan tersedia/tidak tersedia atau menyembunyikan/memperlihatkan kumpulan pilihan?

1. Cara menambah kumpulan pilihan baru?
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee Partner, ketik ikon Halaman Utama > tab Menu dan klik pada "Kumpulan Pilihan". Ketik "+Tambah Kumpulan Pilih" di sudut kiri atas.
 
HC.png

Langkah 2: Masukkan semua maklumat yang diperlukan untuk kumpulan pilihan yang ingin anda cipta dan klik "Sah" di sudut kanan atas. Kumpulan pilihan akan dicipta secara automatik.
 
HC.png

2. Cara mengedit kumpulan pilihan?
  • Pilih Kumpulan Pilihan yang ingin anda edit dan kemas kini maklumatnya mengikut keperluan.
 
HC.png
3. Cara memadam kumpulan pilihan?
  • Pilih Kumpulan Pilihan yang ingin anda padam, ketik dan kemas kini maklumatnya mengikut keperluan.
 
HC.png

4. Cara menjadikan pilihan tersedia/tidak tersedia atau menyembunyikan/memperlihatkan kumpulan pilihan?
Langkah 1: Ketik tab Menu dan pergi ke "Kumpulan Pilihan". Pilih kumpulan pilihan yang anda ingin sesuaikan ketersediaan pilihan atau status paparan kumpulan pilihan tersebut.
 
HC.png

Langkah 2: Ketik "on/off" untuk pilihan yang dipilih mengikut ketersediaannya.
 
HC.png

Langkah 3: Jika anda ingin menyembunyikan/menunjukkan semula kumpulan pilihan, klik "Status Paparan" untuk menjadikan kumpulan pilihan tersebut kelihatan/tidak kelihatan kepada pelanggan.
 
HC.png
 
Langkah 4: Simpan perubahan dengan mengetik "Ya" di bahagian bawah halaman.
 
HC.png
 
Jika anda tidak dapat menambah/mengedit/memadam/mengubah ketersediaan dan status paparan kumpulan pilihan anda melalui Aplikasi Shopee Partner, anda boleh klik DI SINI untuk belajar bagaimana menghantar permintaan perubahan menu/kandungan secara manual.
Was this article helpful?
Yes
No