Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Cara Menetapkan Waktu Operasi Kedai Melalui Aplikasi Shopee Partner

 
English | Bahasa Malaysia
 
Secara lalai, waktu operasi biasa ditetapkan dari pukul 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari.

Namun, jika anda perlu mengubah waktu operasi, anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi Shopee Partner dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
 
  1. Klik ‘Status Pembukaan’ di Halaman Pesanan.
 
HC.png
 
2. Pilih ‘Waktu Biasa’ atau ‘Waktu Khas’ berdasarkan jadual operasi anda:
  • Waktu Biasa: Digunakan untuk jadual mingguan biasa anda.
  • Waktu Khas: Menggantikan waktu biasa untuk hari tertentu atau hari perayaan.
 
HC.png
 
Waktu Biasa
  • Anda boleh memilih hari dan waktu operasi anda, serta menetapkan sehingga 3 slot waktu operasi setiap hari.
 
HC.png
 
Waktu Khas
  • Untuk waktu khas, anda boleh menetapkan tarikh tertentu dan hari perayaan. Sama seperti waktu biasa, anda boleh menetapkan sehingga 3 slot waktu operasi pada tarikh tertentu tersebut.
 
HC.png

📝 Nota:
Jika anda perlu menghentikan sementara pesanan yang masuk, anda boleh mengedit ketersediaan kedai anda. Klik di sini untuk mengetahui cara menghentikan pesanan.
Was this article helpful?
Yes
No