Bahasa Malaysia | English
📣 Pengumuman:
Bermula 6 Oktober 2025, Bayar Waktu Terima (COD) akan tersedia untuk Penghantaran Ekonomi (Mail Drop). Untuk maklumat lanjut mengenai COD, sila rujuk artikel ini.
Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) ialah pilihan penghantaran baharu yang lebih menjimatkan bagi pembelian barangan kurang daripada 2kg. Bungkusan anda akan dihantar terus ke dalam/di peti surat anda.⚠️ Nota: - Memandangkan kaedah penghantaran ini adalah berdasarkan ekonomi, masa penghantaran mungkin sedikit lebih lama berbanding Penghantaran Depan Pintu.
1. Apakah had saiz dan berat untuk Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)?
Berat Maksimum: Sehingga 2kg setiap bungkusan
Semenanjung Malaysia & Malaysia Timur Saiz Maksimum:
- 35cm (lebar) x 25cm (panjang) x 5cm (tinggi) setiap bungkusan
- Jumlah L+P+T = 65cm setiap petak
2. Berapakah kadar penghantaran untuk Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)?
Pilihan Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) tersedia pada kadar tetap RM3.60, berbanding kadar Penghantaran Depan Pintu sebanyak RM4.90.
3. Apakah kawasan liputan untuk Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)?
Pilihan ini kini tersedia di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
4. Bagaimana saya tahu jika pesanan saya layak untuk Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)?
Pilihan penghantaran Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) akan dipaparkan di halaman butiran produk atau halaman semak keluar jika kawasan atau produk anda layak untuk kaedah penghantaran ini.
5. Bilakah saya akan menerima bungkusan saya menggunakan Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel)?
Anda dijangka menerima bungkusan dalam 2-5 hari bekerja.
6. Bagaimana memilih Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) sebagai pilihan penghantaran?
Ikuti langkah berikut untuk memilih Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) sebagai pilihan penghantaran:
Langkah 1: Klik pada Pilihan Penghantaran untuk melihat pilihan penghantaran yang tersedia.Langkah 2: Pilih Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel).Langkah 3: Klik Buat Pesanan.7. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan jika bungkusan saya telah tiba?
Anda akan menerima notifikasi push selepas penghantaran selesai.
8. Bolehkah saya menjejak perkembangan penghantaran saya?
Ya, anda boleh menjejak status penghantaran dengan mengikuti langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya.
Langkah 2: Pilih pesanan di bawah Pembelian Saya.
Langkah 3: Jejak perkembangan penghantaran bungkusan anda.
9. Apa yang akan berlaku jika bungkusan saya tidak muat dalam peti surat atau peti surat saya penuh?
Rakan penghantaran akan mengambil salah satu daripada tindakan berikut:
Kad pengambilan akan diberikan oleh petugas penghantaran, membolehkan anda mengambil bungkusan di pejabat pos terdekat.
Anda mempunyai tempoh 7 hari bekerja untuk mengambilnya. Jika tidak diambil dalam tempoh tersebut, bungkusan akan dipulangkan kepada penjual dan bayaran balik akan diberikan kepada anda.
Rakan penghantaran mungkin akan menghubungi anda secara terus.
10. Bagaimana Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) berfungsi untuk apartmen atau bangunan tinggi?
Untuk apartmen atau bangunan tinggi, bungkusan Penghantaran Ekonomi (Serahan Mel) akan dihantar ke dalam/di peti surat anda.
11. Apa yang perlu saya lakukan jika produk saya tidak lengkap/salah/rosak/cacat setelah menerima bungkusan?