Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Soalan Lazim Kempen ShopeeFood Super Deals

Bahasa Malaysia | English

1. Adakah Shopee akan menghantar sebarang notifikasi sebelum kempen Super Deals bermula?

  • Peniaga tidak akan menerima sebarang notifikasi sebelum kempen bermula. 
 
2. Adakah terdapat had maksimum penggunaan baucar Super Deals?
  • Ya, terdapat had maksimum penggunaan bagi setiap baucar.
 
3. Adakah terdapat caj tersembunyi selain MDR dan subsidi Super Deals?
  • Tiada caj tersembunyi, hanya caj MDR dan Super Deals yang dikenakan.
 
4. Adakah kempen Super Deals akan diperbaharui secara automatik selepas saya mendaftar?
  • ShopeeFood mempunyai pakej yang berbeza setiap bulan. Peniaga perlu mendaftar semula untuk menyertai kempen.
 
5. Berapa banyak baucar yang boleh digunakan oleh pengguna dalam satu pesanan?
  • Pengguna boleh menggunakan dua baucar dalam satu pesanan - satu baucar makanan dan satu baucar penghantaran.
 
6. Berapa banyak baucar yang boleh digunakan oleh pengguna yang sama dalam sehari di kedai saya?
  • Setiap baucar mempunyai tempoh sah dan jumlah penggunaan yang berbeza. Selepas menuntut baucar, pengguna boleh menggunakannya di semua peniaga yang menyertai kempen. 
 
7. Jika peniaga mempunyai promosi sendiri, adakah pengguna masih boleh menggunakan baucar Super Deals?
  • Ya, pengguna boleh menggunakan baucar jika pesanan memenuhi perbelanjaan minimum yang ditetapkan. 
 
8. Apakah tahap keterlihatan kedai saya selepas menyertai kempen Super Deals?
  • Pengguna boleh melihat kedai berdasarkan lokasi mereka. ShopeeFood memberikan pendedahan tambahan seperti banner, media sosial, EDM, koleksi Super Deals, dan laman kempen untuk meningkatkan keterlihatan kedai. 
 
9. Bolehkah saya melaraskan harga menu selepas menyertai kempen Super Deals?
  • Perkara ini tidak digalakkan kerana harga yang kurang menarik boleh menyebabkan kadar penukaran yang lebih rendah.
 
10. Bolehkah saya menarik diri daripada kempen Super Deals?
  • Peniaga dibenarkan untuk menarik diri sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka. Sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk maklumat lanjut.
 
11. Bagaimanakah ShopeeFood menjamin jualan saya selepas menyertai kempen Super Deals?
  • Shopee akan memberikan pendedahan tambahan di platform seperti Koleksi, Banner, Microsite, EDM, dan siaran media sosial.
 
12. Bagaimanakah peniaga boleh meningkatkan jualan selain menyertai kempen Super Deals?
  • Peniaga boleh menyertai promosi lain seperti Shocking Sale dan Price Slash untuk meningkatkan jualan.
Was this article helpful?
Yes
No