Anda boleh dengan mudah menukar alamat kedai ShopeeFood anda hanya dengan satu klik! Sila rujuk panduan berikut tentang cara untuk mengemas kini alamat kedai anda:
Langkah 1: Log Masuk ke Akaun Shopee Partner anda menggunakan Nombor Telefon yang didaftarkan atau nama pengguna dan kata laluan. Sebaik sahaja anda log masuk, klik pada logo 'Profil' di bahagian bawah halaman Utama.
Langkah 2: Klik pada 'Kedai Lain' untuk melihat semua senarai kedai anda dan pilih kedai yang ingin anda tukar alamat.
Langkah 3: Klik pada 'Informasi Kedai' dan klik pada 'Maklumat Asas' untuk melihat maklumat kedai semasa.
Langkah 4: Klik pada 'Alamat' dan akhirnya anda telah mencapai halaman untuk menukar alamat kedai. Tekan pada ‘Tetapkan Semula’.
Langkah 5: Pilih negeri berdasarkan lokasi baru kedai anda. Masukkan poskod baharu kedai anda dan klik butang 'Selesai'. Kemudian, sila tekan pada 'Alamat Terperinci' untuk memasukkan alamat penuh kedai baharu anda.
Langkah 6: Sila masukkan alamat penuh baharu anda dan GPS lokasi kedai anda dengan mengerakkan Pin merah yang berada di dalam peta. Setelah selesai, klik pada butang 'Sahkan Lokasi Dalam Peta'. Masukkan butiran lokasi dengan menambah mercu tanda atau nombor tingkat yang berhampiran dengan kedai anda.
Langkah 7: Alamat baharu anda akan terpapar di bawah maklumat 'Alamat Terperinci'. Klik butang 'Simpan' dan pihak kami akan memproses permohonanan penukaran alamat baru kedai anda secepat mungkin.