Hi, how can we help?

[Resit Pesanan] Bagaimanakah cara untuk menyemak bukti penghantaran bagi pesanan saya?

Bahasa Malaysia | English

Untuk menyemak bukti penghantaran bagi pesanan yang telah dihantar, ikuti langkah-langkah di bawah selepas pergi ke tab Saya dalam aplikasi Shopee dan klik pada Pembelian Saya:

e08324106cff4f40b875133f93fe2fcd.gif

Langkah 1: Pilih pesanan di bawah tab Diselesaikan
Langkah 2: Klik pada bahagian Maklumat Penghantaran
Langkah 3: Klik pada Lihat Bukti Penghantaran

Bukti penghantaran hanya akan tersedia jika kurier telah memuat naik bukti bergambar atau imej tandatangan anda sebagai pengesahan penerimaan pesanan. Kami amat menggalakkan kurier untuk mengamalkan prosedur ini.

Contoh bukti bergambar termasuk foto bungkusan bersama penerima, foto bungkusan diletakkan di luar rumah penerima dan foto bungkusan jika dihantar kepada jiran penerima.

⚠️ Nota:

  • Bukti bergambar hanya akan disimpan oleh Shopee selama 30 hari dari tarikh penerimaan produk. Untuk maklumat lanjut mengenai bukti penghantaran semasa serahan, sila rujuk Terma & Perkhidmatan kami.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied