Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Cara Menambah atau Mengedit Logo dan Banner Kedai melalui Aplikasi Shopee Partner

Bahasa Malaysia | English  
 
Tahukah anda bahawa logo sangat penting untuk kedai ShopeeFood anda? Ia bukan sahaja membantu pelanggan mengenali kedai anda, tetapi juga boleh meningkatkan jualan dengan memudahkan mereka mencari dan membuat pesanan.

Kemas kini logo dan banner kedai anda sekarang supaya pelanggan lebih mudah mengenali perniagaan anda di ShopeeFood!

  • Cara Tukar Logo dan Banner Kedai
 
Langkah 1: Pergi ke halaman 'Tetapan' dalam Aplikasi Shopee Partner, tekan 'Informasi Kedai', kemudian pilih 'Logo Kedai & Banner'.

 
Langkah 2: Tekan 'Panduan' untuk melihat Garis Panduan Gambar, yang mengandungi contoh imej yang bagus dan ditolak. Setelah selesai, tekan 'X' untuk menutup.
 
aa7bb1c587fc40deb718b32fa201dfc0.png

  • Untuk Menambah atau Mengedit Logo dan Banner Kedai
 
Langkah 1: Dalam bahagian Logo Kedai, tekan 'Sunting' untuk melihat peringatan Garis Panduan Gambar, kemudian tekan 'Teruskan'. Dari situ, anda boleh memilih untuk mengedit logo kedai sedia ada, mengambil gambar menggunakan kamera untuk dimuat naik, atau memilih imej dari album untuk dimuat naik.

04dc1b4de47348b68123ea29b3ec06b8.png
 
Langkah 2: Selepas memuat naik, tekan 'Lihat Pratonton' untuk melihat bagaimana logo kedai akan kelihatan kepada pelanggan, kemudian tekan 'Simpan'.
 
ac0bea5c50ff4fc9ab13e4ea341deba4.png
 
Untuk banner, anda hanya perlu mengemas kini di bahagian 'Banner Kedai'.
 
425a475faa974980ac352626f238dc16.png
 
⚠️ Nota:
Logo dan banner kedai hanya boleh ditambah atau diedit dua kali dalam tempoh 24 jam. Jika anda ingin membuat perubahan lagi, sila tunggu 24 jam sebelum mencuba semula.

Setelah anda berjaya menambah atau mengedit logo dan banner kedai, pihak ShopeeFood akan menyemaknya. Proses semakan akan mengambil masa sehingga 1 hari bekerja.

Sila pastikan anda sentiasa mematuhi Garis Panduan Menu dan Kandungan ShopeeFood. Jika garis panduan tidak dipatuhi, logo dan banner kedai anda mungkin akan ditolak. Harap maklum bahawa Logo Kedai dan Banner Kedai juga boleh dirujuk sebagai Kad Outlet dan Banner Outlet.
Was this article helpful?
Yes
No