Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan Lazim Klik Selamat

Bahasa Malaysia | English 
 
⚠️ Nota:
 
  • Klik Selamat akan dilancarkan secara rasmi pada 17 April 2025, manakala Pautan Peranti tersedia di Aplikasi ShopeePay bermula 19 Mac 2025. Pastikan anda mengaitkan peranti anda terlebih dahulu untuk menikmati pengalaman transaksi yang lancar dan selamat apabila Klik Selamat dilancarkan!

1. Apakah itu Klik Selamat dan bagaimana ia berfungsi?

Klik Selamat ialah kaedah yang lebih selamat untuk mengesahkan transaksi. Ciri ini tersedia dalam aplikasi ShopeePay dan menghubungkan peranti anda dengan akaun ShopeePay anda, memberikan lapisan keselamatan tambahan kerana hanya peranti berdaftar yang boleh membenarkan transaksi ShopeePay.

2. Bagaimanakah cara mendaftar untuk Klik Selamat?

Tiada pendaftaran atau pengaktifan diperlukan untuk Klik Selamat. Walau bagaimanapun, pastikan anda telah memautkan peranti selamat anda bagi membolehkan kelulusan transaksi.

3. Bagaimanakah cara memautkan peranti saya untuk pengesahan peranti selamat?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memautkan peranti anda:
 
14dafdefbffd41ba82e344643694cc9b.gif

Langkah 1: Pergi ke tab Saya dalam aplikasi ShopeePay
Langkah 2: Klik pada Klik Selamat ATAU;
Langkah 3: Klik pada Pautkan Peranti
Langkah 4: Klik pada Pautkan Sekarang
Langkah 5: Masukkan PIN ShopeePay anda
Langkah 6: Klik pada Mulakan Pengesahan Wajah
Langkah 7: Klik pada OK

4. Bagaimanakah cara membenarkan transaksi menggunakan Klik Selamat?

Untuk membenarkan transaksi, pastikan anda telah memautkan peranti anda untuk kelulusan transaksi melalui Klik Selamat. Setelah itu, ikuti langkah-langkah berikut:
 
8ea140ff5d5740b09f0e32b20ae629b6.gif
Langkah 1: Klik pada Bayar Sekarang
Langkah 2: Masukkan PIN ShopeePay anda
Langkah 3: Klik pada Notifikasi
Langkah 4: Klik pada Benarkan
Langkah 5: Klik pada Saya Telah Mengesahkan

5. Berapa lama saya mempunyai masa untuk meluluskan transaksi saya?

Sebaik sahaja transaksi dimulakan, anda akan menerima notifikasi pada peranti yang dipautkan untuk meluluskan atau menolak transaksi. Proses ini perlu dilakukan dalam masa 120 saat (2 minit). Jika tidak, transaksi akan dibatalkan dan jumlah tidak akan ditolak daripada baki dompet ShopeePay anda.

6. Mengapa saya tidak menerima notifikasi untuk membenarkan transaksi saya?

Pastikan anda telah mengaktifkan notifikasi tolak (push notification) untuk aplikasi ShopeePay anda.

7. Apa yang perlu saya lakukan jika saya menukar telefon dan bagaimana untuk memautkan Klik Selamat ke peranti baharu?

Untuk menyahpaut peranti lama yang didaftarkan sebagai peranti selamat bagi kelulusan transaksi melalui Klik Selamat, ikuti langkah-langkah berikut:
 
dd8cbdb70ebc471e92288d19d1091f9d.gif
Langkah 1: Klik pada Pautkan Peranti di bawah tab Saya dalam Aplikasi ShopeePay
Langkah 2: Klik pada Nyahpaut Peranti
Langkah 3: Klik pada Sahkan
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Link Device, sila lawati pautan ini.
Was this article helpful?
Yes
No