Apakah Saluran Penghantaran Ekspres (Antarabangsa)?
Saluran Penghantaran Ekspres (Antarabangsa) adalah penghantaran ekspres untuk penjual luar negara terpilih yang menawarkan perkhidmatan penghantaran lebih pantas.
Anda boleh mencari saluran ini melalui saringan carian kami dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Cari item yang diingini di Bar Carian
Langkah 2: Klik pada Ikon Saringan
Langkah 3: Klik pada Lihat Lagi
Langkah 4: Pilih Penghantaran Ekspres (Antarabangsa)
Langkah 5: Klik pada Gunakan
Langkah 6: Lihat produk dengan Penghantaran Ekspres (Antarabangsa)
Langkah 7: Semak Keluar dengan produk pilihan anda
Langkah 8: Pilih Penghantaran Ekspres (Antarabangsa) sebagai pilihan penghantaran anda
Langkah 9: Klik pada Membuat Pesanan
⚠️ Nota:
- Terpakai untuk penjual luar negara terpilih sahaja.
- Berat dan dimensi maksimum pesanan tidak boleh melebihi 30 kg dan 150 cm (Panjang) x 150 cm (Lebar) x 150 cm (Tinggi).
- Produk mungkin tidak layak untuk Penghantaran Ekspres (Antarabangsa) jika ia adalah item pra-pesanan.