1. Apakah ShopeePay?
ShopeePay ialah dompet digital yang menawarkan pelbagai fungsi, seperti:(a) Membuat pembelian dalam talian di laman web yang menerima ShopeePay(b) Membuat pembayaran luar talian dengan peniaga yang menerima ShopeePay atau DuitNow QR(c) Memindahkan atau menerima pembayaran daripada kenalan anda(d) Mengeluarkan dana ke akaun bankKetahui lebih lanjut mengenai ShopeePay.2. Adakah terdapat caj tambahan untuk menggunakan Aplikasi ShopeePay? Tidak, anda boleh menggunakan ShopeePay tanpa sebarang caj. Sila rujuk Lembaran Penerangan Produk untuk maklumat lanjut.3. Bagaimanakah cara muat turun Aplikasi ShopeePay?
Anda boleh memuat turun Aplikasi ShopeePay di App Store untuk iOS atau Play Store untuk Android.
4. Adakah eDompet ShopeePay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia?
Ya, ShopeePay ialah penerbit e-wang yang diluluskan dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.
5. Adakah saya perlu mencipta akaun berasingan di Aplikasi ShopeePay jika saya sudah berdaftar sebagai pengguna Shopee?
Tidak, anda boleh log masuk dengan memilih Teruskan dengan Shopee di Aplikasi ShopeePay jika anda sudah mempunyai akaun Shopee. Sebagai alternatif, anda boleh memulakan pendaftaran dengan memilih Daftar Masuk / Log Masuk.