Selaras dengan Bajet 2024 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Mac 2024, kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan daripada 6% kepada 8% bagi perkhidmatan bercukai yang ditetapkan, kecuali yang dikecualikan secara khusus. [Pautan kepada pengumuman di sini.]Susulan pengumuman ini, Shopee akan menyemak semula kadar SST bagi yuran platform yang dikenakan kepada peniaga daripada 6% kepada 8%, berkuat kuasa 1 Mac 2024.Peniaga perlu mengambil perhatian bahawa SST dikenakan selain daripada komisen peniaga dan pakej pemasaran.Jadual di bawah menunjukkan pecahan pelbagai jenis yuran di bawah Shopee, termasuk caj sebelum dan selepas kadar SST 8%.
Yuran | Sebelum 1 Mac 2024 (6%) | Berkuat Kuasa 1 Mac 2024 (8%) | Berkenaan Untuk |
Komisen Peniaga | Yuran komisen: 25% Jualan: RM100
ShopeeFood akan mengenakan caj kepada peniaga: (RM100*25%)* 6% SST = RM26.50
Jumlah sebenar yang diterima peniaga: RM100 - RM26.50 = RM73.50 | Yuran komisen: 25% Jualan: RM100
ShopeeFood akan mengenakan caj kepada peniaga: (RM100*25%)* 8% SST = RM27
Jumlah sebenar yang diterima peniaga: RM100 - RM27 = RM73.00 | Perniaga ShopeeFood |
Pakej Pemasaran | Invois Pakej Pemasaran RM10,000 dengan 6% SST = RM10,600 (Perlu dibayar oleh peniaga) | Invois Pakej Pemasaran RM10,000 dengan 8% SST = RM10,800 (Perlu dibayar oleh peniaga) | Tertakluk kepada langganan Pakej Pemasaran Peniaga |
⚠️ Nota:
Yuran pemprosesan / yuran pembungkusan yang dikenakan oleh peniaga akan kekal tidak berubah.
* Tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh JKDM.