Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Etika & Rayuan Kedai

Bahasa Malaysia | English
 
Etika ShopeeFood Merchant:
 
07d47c7cc2ef4264a8047c4838d0fc86.png
 
  1. Kualiti Produk: Peniaga perlu menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi standard dan spesifikasi yang dinyatakan dalam senarai mereka.
  2. Ketepatan Masa: Penghantaran tepat pada masanya adalah penting bagi peniaga makanan. Mereka harus memastikan pesanan disediakan dan dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  3. Pematuhan: Peniaga harus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan, termasuk standard keselamatan makanan, amalan kebersihan, dan keperluan pelesenan perniagaan.
 
Menetapkan kod etika kedai adalah penting untuk memastikan operasi kedai berjalan dengan baik, mengekalkan standard kualiti tinggi, dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Ia memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pelanggan yang positif. Jika peniaga gagal mematuhi peraturan, mereka akan diberikan mata QMS.
 
Cara Semak Mata Penalti Anda:
 
c6f81183a7704ae4b74dfd14a542f016.png
 
  1. Pergi ke tab 'Kedai', kemudian pilih 'Penalti'.
  2. Klik pada Mata Penalti untuk menyemak ringkasan pelanggaran & tempoh penalti.
 
Pecahan Mata Penalti:
 
Nama PeraturanDeskripsi Peraturan Mata QMS
Penyediaan makanan basiMakanan basi, berulat, tamat tempoh atau minuman yang rosak. Makanan berubah tekstur (berlendir), dll.30 Mata
Keracunan makanan1 aduan pesanan berkaitan keracunan makanan30 Mata
Masa penyediaan tinggiPurata masa penyediaan pesanan mingguan melebihi 20 minit10 Mata
Kadar pembatalan tinggiKadar pembatalan > 7 pesanan dibatalkan setiap minggu25 Mata
Pesanan tidak tepatPembeli menerima kurang daripada jumlah item yang dibeli atau menerima item yang salah5 Mata
Kedai ditutup (Auto Pause)Lebih daripada 1 laporan kedai ditutup-
Pakatan sulitAktiviti penipuan/mencurigakan antara akaun peniaga-pembeli dan/atau peniaga-pemandu35 Mata
 
Penjelasan:
  • Nama Peraturan: Peraturan yang menyebabkan pemberian mata QMS.
  • Mata QMS: Mata penalti yang diberikan berdasarkan pelanggaran peraturan.
 
Mata penalti akan terkumpul dan hanya akan diset semula mengikut tempoh reset yang telah ditetapkan dari tarikh yang diberikan. Mata penalti yang terkumpul akan menyebabkan tindakan berikut daripada ShopeeFood:
 
Mata QMS Jenis Penalti & Tempoh 
25 Mata Penggantungan: 30 minit
35 MataPenggantungan: 3 jam
50 MataPenggantungan: 6 jam
75 MataPenggantungan: 1 hari
100 Mata Penggantungan: 2 hari
125 Mata Penggantungan: 3 hari
>150 Mata Kedai Tidak Aktif
 
Peniaga hanya boleh membuat rayuan untuk penggantungan lebih daripada 2 hari.

Untuk proses rayuan, sila kemukakan bukti yang relevan bagi membolehkan pasukan kami menjalankan siasatan dalaman sebelum memberikan maklum balas terhadap rayuan tersebut.
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied