Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Memahami Skor Pedagang & Mendapat Lencana 'Preferred' dalam Partner App

Bahasa Malaysia | English
 
Skor Peniaga mencerminkan prestasi keseluruhan kedai anda di ShopeeFood. Peniaga boleh menyemak skor bagi setiap kriteria secara langsung melalui Aplikasi Rakan Niaga untuk menjejak prestasi. Memahami skor anda juga merupakan langkah pertama untuk mengetahui sama ada kedai anda layak menerima tanda Peniaga ‘Preferred’.
 
Kriteria Skor Peniaga
 

Kriteria Prestasi

Definisi

Keperluan Minimum

Keperluan Skor Penuh

Ketetapan

Logo dan Banner Kedai

Mengubah suai  logo dan banner kedai anda untuk meningkatkan penampilan kedai. (Nota: Gunakan menu terlaris restoran sebagai logo kedai. Logo dan banner yang telah disetkan  tidak dikira)

Dengan Logo dan Banner

5 mata

Skor Rating Kedai

Memantau dan mengekalkan skor baik restoran dalam aplikasi bagi memastikan kepuasan pelanggan.

4 bintang

4.5 bintang dan ke atas

5 mata

Liputan Gambar Makanan %

Bilangan produk aktif yang mempunyai gambat yang dimuat naik sendiri oleh restoran.

>= 95%

10 mata

On-Time Order %

Peratusan pesanan yang disiapkan dalam masa anggaran penyediaan.

60% 

90%

30 mata

Kadar “Mark as Ready” Pesanan

Bilangan pesanan yang ditandakan sebagai “Sedia” oleh restoran dibahagikan dengan jumlah pesanan bersih.

60%

90%

15 mata

Kadar Pembatalan Pesanan oleh Kedai % 

Peratusan pesanan yang dibatalkan oleh Restoran (contoh: disebabkan kehabisan stok atau restoran tutup).

5%

0.5%

20 mata

Pesanan Bermasalah %

Peratusan pesanan yang mempunyai isu seperti item hilang, item salah, atau stok habis.

2%

1%

5 mata

Kadar Jeda % 

Peratusan henti sementara yang diambil oleh restoran berbanding jumlah waktu operasi.

25%

15%

10 mata

Total Mata

100 mata

 
Di bawah adalah langkah-langkah untuk menyemak skor peniaga anda, berserta perincian setiap kriteria dan mata yang diperuntukkan. 
 
de84354a54f440e7a86c332f82f571aa.png
 
Pecahan Skor Terperinci
  1. Logo dan Banner Kedai: Sesuaikan logo dan banner kedai anda untuk meningkatkan daya tarikan kedai anda.


  1. Skor Rating Kedai: Pantau dan kekalkan penilaian kedai anda dalam aplikasi untuk memastikan kepuasan pelanggan.


  1. Liputan Gambar Makanan %: Bilangan SKU aktif yang mempunyai imej dimuat naik oleh peniaga.


  1. On-Time Order %: Peratusan pesanan yang disiapkan dalam anggaran masa penyediaan (ETA).


  1. Kadar “Mark as Ready” Pesanan: Peratusan pesanan yang ditandakan sebagai “Sedia” oleh peniaga.


  1. Kadar Pembatalan Pesanan oleh Kedai %: Peratusan pesanan yang dibatalkan oleh peniaga.


  1. Pesanan Bermasalah %: Peratusan pesanan yang mempunyai isu seperti item hilang, item salah, atau item kehabisan stok.


  1. Kadar Jeda %: Peratusan masa jeda yang diambil oleh peniaga berbanding jumlah waktu operasi.

Nota: Kedai yang tidak mencapai ambang minimum bagi sesuatu metrik akan menerima 0 mata untuk metrik tersebut.
 
Kelayakan untuk Tanda Peniaga ‘Preferred’
  • Peniaga Preferred dipilih secara eksklusif oleh ShopeeFood sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Kedai yang memenuhi kriteria berikut akan dianugerahkan tanda Peniaga ‘Preferred’, yang akan dipaparkan dalam hasil carian dan di halaman utama:
    • Skor kedai ≥ 80 mata
    • Purata pesanan harian ≥ 0.3
 
Jadual Semakan Skor:
  • Skor akan disemak pada 25 haribulan setiap bulan.
  • Kedai yang layak akan menerima tanda pada hari pertama bulan berikutnya.
  • Kedai yang tidak memenuhi syarat akan kehilangan tanda Peniaga Preferred pada bulan berikutnya, namun boleh mendapatkannya semula apabila syarat dipenuhi. 
 
Kelebihan Menjadi Peniaga ‘Preferred’ ShopeeFood Preferred:
  • Keterlihatan Lebih Tinggi (Dalam & Luar Aplikasi): Memperoleh sokongan promosi tambahan daripada ShopeeFood untuk meningkatkan keterlihatan restoran dan menarik lebih ramai pelanggan.
  • Lencana Eksklusif ‘Preferred’ untuk Visibiliti yang Lebih Baik: Retoran anda akan memaparkan lencana ‘Preferred’, membantu pelanggan membezakan kedai anda daripada restoran-restoran yang lain serta meningkatkan tahap kepercayaan kepada mereka. 
 
f44c713ffa4642cdba03fef5c23b9ae3.png
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied