Sebaik sahaja bungkusan anda tiba di Malaysia, ia akan dihantar oleh rakan logistik yang disokong Shopee atau rakan logistik bukan yang disokong Shopee.
Rakan Logistik Disokong Shopee untuk Penghantaran ke Pintu:
ABX Express
BEST Express (juga menyokong Penghantaran ke Pintu (Penghantaran Laut))
SPX Express
Tempoh Penghantaran Rakan Logistik Disokong Shopee:
Rakan Logistik
Tempoh Penghantaran (selepas tiba di Malaysia)
Hari Bekerja
ABX Express
1-3 Hari Bekerja (SM) 1-5 Hari Bekerja (SS)
Isnin - Sabtu (tidak termasuk Cuti Umum)
BEST Express
SPX Express
Jika anda memilih Penghantaran Antarabangsa[Penghantaran ke Pintu, Penghantaran ke Pintu (Penghantaran Laut)], bungkusan anda akan dihantar oleh rakan logistik yang disokong Shopee. Anda akan menerima nombor penjejakan tempatan melalui Aplikasi Shopee, yang boleh digunakan untuk menjejaki penghantaran melalui laman web rakan logistik.
Jika anda memilih Lain-lain (Penghantaran Laut Standard), bungkusan anda akan dihantar oleh rakan logistik bukan yang disokong Shopee dan tidak boleh dijejaki. Anda akan menerima pemberitahuan setelah bungkusan anda dihantar. Pastikan anda memeriksa peti surat anda secara berkala.