Bermula 9 Julai 2024, Pusat Pengambilan Sendiri mungkin tidak tersedia untuk pembeli tertentu yang mempunyai 2 atau lebih bungkusan tidak diambil dalam tempoh 30 hari terakhir:
Jika pilihan penghantaran Pusat Pengambilan Sendiri tidak tersedia disebabkan bungkusan tidak diambil, ia akan tersedia semula selepas 14 hari.
Namun, jika anda mempunyai bungkusan tidak diambil lagi selepas diaktifkan semula, pilihan penghantaran ini akan terus tidak tersedia selama 14 hari lagi.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar dan had bagi pilihan penghantaran Pusat Pengambilan Sendiri.
Cara memilih Pusat Pengambilan Sendiri sebagai Pilihan Penghantaran:
Langkah 1: Klik pada Pilihan Penghantaran di halaman Checkout Langkah 2: Pilih Pusat Pengambilan Sendiri sebagai pilihan penghantaran anda, kemudian ketik SPX Express (Pengambilan Sendiri) Langkah 3: Pilih mana-mana Pusat Pengambilan Sendiri sedia ada atau Tambah pusat pengambilan Langkah 4: Jika memilih “Tambah pusat pengambilan”, masukkan kawasan/kod pos untuk mencari pusat pengambilan dan klik Sahkan Langkah 5: Masukkan nama dan nombor telefon anda untuk tujuan pengambilan bungkusan Langkah 6: Pastikan anda menyemak alamat yang dipilih, kemudian klik Buat Pesanan
⚠️ Nota:
Setelah pesanan anda diproses oleh penjual, anda tidak boleh menukar Pusat Pengambilan Sendiri. Pembatalan akan mengikut proses pembatalan standard Shopee. Ketahui cara membatalkan pesanan.
Pembayaran tunai semasa pengambilan tidak tersedia buat masa ini.