Jumlah penyelesaian anda akan dipindahkan ke akaun bank yang telah anda daftarkan dengan kami pada hari T+1 selepas pesanan diselesaikan. Anda juga akan menerima laporan penyelesaian melalui e-mel yang anda daftarkan dengan ShopeeFood pada jam 6 pagi keesokan harinya.
Jumlah penyelesaian yang dipindahkan ke Akaun Peniaga yang didaftarkan adalah jumlah keseluruhan item dan caj tambahan peniaga ditolak komisen dan cukai ke atas komisen. Semua dana transaksi anda di ShopeeFood yang telah disahkan antara jam 00:00:00 hingga 23:59:59 akan dipindahkan ke akaun bank anda yang didaftarkan pada hari berikutnya.
⚠️ Nota: Semua penyelesaian untuk pesanan pada hujung minggu atau cuti umum akan dipindahkan pada hari bekerja berikutnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pilihan di bawah untuk menghubungi Pasukan Khidmat Pelanggan ShopeeFood.