Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[Pusat Pengambilan Sendiri] Soalan Lazim mengenai E-Resit Pusat Pengambilan Sendiri

Bahasa Malaysia | English

Bermula 18 Disember 2023, Pusat Servis SPX Express akan mengeluarkan Resit Pusat Pengambilan Sendiri melalui e-mel sebagai ganti kepada Borang Penyerahan Pengambilan fizikal.

1. Bila saya akan menerima E-Resit Pusat Pengambilan Sendiri?

Resit Pusat Pengambilan Sendiri akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda selepas pengambilan bungkusan berjaya. Jika tiada dalam peti masuk anda, sila semak fail Junk Mail/Spam.

2. Alamat e-mel saya tidak dikemas kini, dan saya tidak dapat menerima e-resit. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda boleh meminta kakitangan Pusat Pengambilan Sendiri yang bertugas untuk mencetak resit bagi anda.

3. Saya lebih suka resit fizikal berbanding e-resit. Bolehkah saya masih mendapatkan resit fizikal?

Ya, anda boleh meminta kakitangan Pusat Pengambilan Sendiri yang bertugas untuk mencetak resit bagi anda.

4. Bolehkah saya menukar alamat e-mel saya di Pusat Pengambilan Sendiri?

Tidak, anda hanya boleh mengemas kini alamat e-mel melalui Aplikasi Shopee.

5. Bagaimana cara untuk mengemas kini alamat e-mel saya?

Anda boleh mengemas kini alamat e-mel melalui langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik ikon Tetapan
Langkah 3: Klik Akaun & Keselamatan
Langkah 4: Pilih E-mel

6. Apakah maklumat yang terkandung dalam e-mel yang akan saya terima?

Berikut adalah contoh e-mel yang akan anda terima:
 
e4ae20d50d7140dea04febf0caf666e7.jpg

7. Bagaimanakah rupa Resit Pusat Pengambilan Sendiri?

Berikut adalah contoh Resit Pusat Pengambilan Sendiri:
 
f9a999fdb39245c18cef2921486f60f2.jpg
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati