1. Apakah itu MTCN?
MTCN (Nombor Kawalan Pemindahan Wang) adalah nombor rujukan 10-digit yang dihasilkan oleh sistem Western Union selepas penyelesaian transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui Aplikasi Shopee. MTCN akan tersedia melalui:
- Aplikasi Shopee selepas setiap transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara yang berjaya.
- Resit yang dikeluarkan (pilihan untuk dicetak) selepas transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara yang berjaya.
- Resit (pilihan untuk dicetak semula oleh Pengirim) di bawah Sejarah Transaksi selepas transaksi Pemindahan Dana Ke Luar Negara di Aplikasi Shopee.
Untuk penerima mengumpul tunai di mana-mana lokasi ejen Western Union (kecuali Malaysia), MTCN mesti dihantar kepada penerima bersama dengan jumlah yang diterima dan nama penuh pengirim seperti di dalam kad pengenalan (jarak, urutan, dan ejaan mesti sama seperti maklumat yang dimasukkan oleh Pengirim). 2. Apakah yang boleh saya lakukan jika saya terlupa MTCN 10-digit saya?
Anda (Pengirim) boleh mendapatkan semula MTCN 10-digit melalui mana-mana pilihan berikut:
Anda boleh memeriksa melalui Aplikasi Shopee seperti panduan di bawah:
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi Shopee
Langkah 2: Klik pada butang e-dompet ShopeePay di halaman utama Shopee
Langkah 3: Tatal ke bawah untuk melihat Sejarah Transaksi
Langkah 4: Klik pada transaksi Western Union yang anda ingin paparkan
Langkah 5: Tatal ke bawah untuk melihat MTCN 10-digit
3. Apakah yang boleh saya lakukan jika penerima saya dimaklumkan oleh ejen Western Union bahawa MTCN tidak tersedia?
Anda (Pengirim) perlu menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 untuk mengaktifkan semula MTCN.