Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Pemindahan Luar Negara - Mengubah Maklumat Penerima

Bahasa Malaysia | English
 
1. Bagaimana saya boleh mengubah kesilapan dalam nama penerima selepas saya berjaya menyelesaikan transaksi? 

Anda boleh menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 untuk meminta perubahan nama penerima (Sila ambil maklum bahawa nama penerima mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan).
    
2. Bolehkah penerima/saudara mara/rakan saya menghubungi talian bebas tol Western Union untuk mengubah nama penerima bagi transaksi Pemindahan Dana Ke Luar Negara bagi pihak saya (Pengirim)? 

Tidak. Hanya Pengirim sahaja yang boleh menghubungi dan mengubah nama penerima (Sila ambil maklum bahawa nama penerima mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan).. 
    
3. Apakah had untuk mengubah nama penerima? 

  • Anda (Pengirim) hanya dibenarkan untuk mengubah maksimum 3 aksara nama penerima melalui talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399. 
  • Jika perubahan melibatkan lebih daripada 3 aksara nama penerima, anda perlu membatalkan transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara. Selepas itu, anda boleh membuat semula transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara baru dengan nama penerima yang betul melalui Aplikasi Shopee (Sila ambil maklum bahawa nama penerima mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan).
    
4. Bagaimana saya boleh mengubah destinasi pengambilan selepas saya berjaya menyelesaikan transaksi? 

Anda boleh menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 untuk membatalkan transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara dengan bayaran balik dana prinsipal sahaja. Selepas itu, anda boleh memulakan transaksi penghantaran Pemindahan Dana Ke Luar Negara yang baru dengan mengisikan destinasi pengambilan yang betul melalui Aplikasi Shopee. 
Was this article helpful?
Yes
No