Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Penghantaran Dana - Kaedah Terima melalui Kredit ke Dalam Akaun Bank

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Bagaimanakah cara menghantar wang ke luar negara melalui Pemindahan Dana Ke Luar Negara menggunakan kaedah Kredit ke Akaun Bank di ShopeePay? 
 
Sila rujuk panduan langkah demi langkah di bawah:  
 
ef338f2495d44bb3b44caef9a66c886e.gif
 
Langkah 1: Klik pada butang ShopeePay e-wallet di halaman utama Shopee
Langkah 2: Klik pada butang Pindahan 
Langkah 3: Klik pada ikon Pindahan Luar Negara 
Langkah 4: Klik pada Hantar Wang 
Langkah 5: Pilih negara penerima dan mata wang, kemudian pilih kaedah penerimaan untuk penerima anda
Langkah 6: Masukkan jumlah penghantaran sama ada dalam MYR atau setara dengan mata wang penerima 
Langkah 7: Akui kepada Amaran Anti-Penipuan 
Langkah 8: Tambah penerima baru dengan memasukkan maklumat penerima, atau pilih penerima dari transaksi terdahulu anda
Langkah 9: Masukkan butiran penerima
Langkah 10: Setuju dengan jumlah transaksi, yuran dan kadar pertukaran asing yang dikenakan dengan mengklik Seterusnya 
Langkah 11: Akui Terma dan Syarat dengan menandakan kotak semak, dan kemudian klik Seterusnya
Langkah 12: Masukkan PIN ShopeePay anda 
Langkah 13: Kongsi resit pindahan kepada penerima anda
 
2. Bilakah wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima? 

Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima dalam 1 – 5 hari bekerja. 
    
3. Apakah yang boleh saya lakukan jika akaun bank penerima saya tidak menerima wang tersebut? 

Anda (pengirim) perlu menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 untuk memeriksa butiran lanjut. 
    
4. Apakah yang boleh saya lakukan jika pemindahan wang ditolak oleh bank penerima?
 
Anda boleh menghubungi talian bantuan ShopeePay untuk isu berkaitan Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui chat atau panggilan, dan ejen Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda tidak lama kemudian. Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini. 
    
5. Adakah akan saya terima sebarang pemberitahuan SMS selepas penerima saya berjaya menerima pemindahan wang ke dalam akaun bank mereka?
 
Tidak. Tiada pemberitahuan SMS akan dihantar kepada Pengirim apabila pemindahan wang berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank penerima. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status Pemindahan Dana Ke Luar Negara di bawah Sejarah Transaksi melalui aplikasi Shopee. 
Was this article helpful?
Yes
No